Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H


Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Renungan,12 Rabiulawal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah SWT. Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita.

Sedar atau tidak sedar sebenarnya pengamalan menggunakan dinar (emas) dan dirham (perak) adalah amalan atau muamalat yg dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Tiada sejarah inflasi pada ketika itu kerana umat pada masa sezaman Nabi kita menggunakan dinar dan dirham sebagai urusan jual-beli. Faktor utama keadaan ini ialah dinar dan dirham adalah merupakan kalis inflasi tegar. Oleh sebab itulah, dari dulu hingga hari ini sekiranya kita membeli seekor kambing ia bersamaan 1 dinar (4.25g, 916) atau RM636 (harga semasa). Bukankah nilai emas dulu dengan nilai emas sekarang terpelihara? Jelas menunjukkan Allah SWT yang bersifat Ar-Razak (Pemberi Rezeki) atau nilai emas itu sendiri dipelihara oleh Allah SWT sehingga berkurun-kurun abad lamanya . Bahkan diceritakan men
genai EMAS dan PERAK didalam Al-Quran iaitu ganjaran pahala disyurga kelak. Kenapa EMAS atau PERAK? Hebat bukan!!!. Jadi EMAS dan PERAK bukan asing dalam sejarah tamadun islam. Sebab itulah orang tua-tua dulu kata tak rugi beli emas.
Public Dinar & Dinar Kelantan

Turut didalam al-quran menyatakan perkataan DINAR dan DIRHAM (telah digunakan sejarah islam sebelum ini). Cuba kita rujuk Surah Al-Imran ayat 75 dan Surah Yusuf ayat 20 sebagai rujukan. Kedua-dua surah ini sudah membuktikan penggunaan DINAR dan DIRHAM. Pernahkah saudara/ri mendengar kisah khalifah yang pada zaman itu tiada seorang pun yang layak mengeluarkan zakat? Tidak lain tidak bukan iaitu Khalifah Umar Abd Aziz. Sedangkan diketahui beliau sepatutnya yang mengeluarkan zakat. Itulah sebenarnya sistem kewangan islam yang mantap lebih-lebih lagi kesan penggunaan DINAR dan DIRHAM. Percaya atau tidak, apabila sistem kewangan bersandarkan emas maka tidak timbul inflasi, percetakan wang kertas berbillion sehingga nilainya susut dll.

Oleh itu, beringatlah sebelum terlambat. Pernahkah anda menyimpan DINAR atau DIRHAM? Tidak percayakah akan DINAR dan DIRHAM yang pernah digunakan oleh Rasulullah? Hendakkah generasi kita akan datang berfikir "Saya langsung tidak tahu apa itu DINAR & DIRHAM"? Fikir-fikirkanlah. Semoga kita semua memastikan didalam setiap kocek-kocek seluar umat islam membawa sekurang-kurangnya 1 Dinar atau 1/2 Dinar atau Dirham sebagai menjunjung gemilang nya kehebatan matawang sunnah dan mendapat keberkatan. Sambutlah keputeraan kali ini dengan penghayatan dan mempraktik amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW (Sunnah).

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews