Tuesday, February 15, 2011
Ambil Peluang Beli Dinar dan Dirham Sekarang...!!!
Teknik Rahsia Untuk Memiliki 1 Dinar Emas Tanpa Membebankan
Apa jua yang kita nak buat (sebarang kerja)..bahkan mengurus kehidupan ini pun kita perlu merancang dengan teliti serta ada halatuju sebenar. Kita ada jua terlibat buat perancangan namun hanya pada masa - masa tertentu sahaja terutamanya bila kita nak kahwin , manakala sebahagian kehidupan kita, banyak yang kita tak buat perancangan. Oleh itu, banyak yang kita terlepas nak buat atau terlepas untuk kita miliki.
Satu daripada perancangan yang kita semua buat adalah PERANCANGAN KEWANGAN atau BAJET. Kita bukan nak jadi orang yang kedekut, namun jika kita buat perancangan kewangan yang rapi. Bukan sekadar emas 1 Dinar yang mampu kita miliki bahkan rumah teres bernilai lebih RM200,000.00 pun mampu kita miliki.
Untuk miliki 1 Dinar Emas tanpa membebankan perbelanjaan kita., kita perlu buat perancangan kewangan atau lebih kurang kita nak tahu ke mana duit pendapatan kita dibelanjakan.
Ambil sehelai kertas dan tulis dengan teliti kemana income kita belanjakan. Saya buat contoh macam ni. Katakan gaji saya adalah RM1500.00.
Lepas tolak belanja itu dan belanja ini, yang perlu saya guna pakai maka saya ada lebihan duit RM200.00.
1: Katakan esok hari gaji. Kita dapat RM1500.00 tunai.
2: Semak harga 1 Dinar terkini pada web ini (harga semasa Public Dinar). Katakan RM580.00
3: Kita beli 1 Dinar ini dan anda akan dapat 1 Dinar emas (4.25g, 916) daripada rangkaian MyeGoldDinar.
4: Bawa 1 Dinar ini ke Ar Rahnu ( dicadangkan Ar Rahnu Agrobank) dan gadaikannya.
5: Ar Rahnu akan beri kita pinjaman dengan gadaian ini lebih kurang 60%-70% (biasanya tidak pernah gadai perolehi 60% shj) pada nilai emas yang dinilai pada Ar -Rahnu berkenaan. Katakan anda diberi pinjaman RM290.00 dengan upah simpan RM18.00 untuk 6 bulan.
6: Duit yang anda dapat tu boleh diguna untuk bayar keperluan lain anda. 7: Tiap-tiap bulan untuk selama 6 bulan anda hanya perlu bayar (RM290.00 + RM18.00)/6 = RM52.00 sebulan untuk selama 6 bulan anda perlu bayar kepada Ar Rahnu berkenaan . Inilah cara yang tidak membebankan untuk anda miliki 1 Dinar.
Monday, February 14, 2011
PUBLISITI SYARIKAT PUBLIC GOLD/DINAR/SILVER/JEWELLERY
OK, berbalik kita kepada hakikat sebenarnya perniagaan emas PG ini. Sedar tak sedar, dah banyak promosi dijalankan oleh PG di media-media utama negara kita ini antaranya TV1, TV2, TV3, ASTRO, Harian Metro, Nan Yang Siang Pau, Berita Harian, Utusan Malaysia dan sebagainya. Selain daripada itu juga, beberapa outlet baru telah dibuka seperti di Pulau Pinang sendiri, Petaling Jaya dan yang terbaru di Kelantan, Ipoh dan Sungai Petani. Akan datang pula akan dibuka di Terengganu, Johor Bharu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Insyaallah seluruh Malaysia akan ada outlet PG dan ini memudahkan orang ramai mendapatkan emas masing-masing. Di sini saya sertakan link sedutan promosi yang telah dirakam oleh rakan emas kita yang lain:
2. Public Gold on Harian Metro - link (21 Oktober 2010)
3. Public Gold on Berita Harian - link (30 September 2010)
4. Public Gold on Harian Metro - link (23 September 2010)
5. Public Gold on APEA 2010 (2) - link
6. Public Gold on APEA 2010 (1)- link
7. Public Gold on KOSMO - link (27 Julai 2010)
8. Public Gold on Harian Metro (Pelancaran Public Jewellery) - link
9. Public Gold on Harian Metro (Seminar Emas) - link
10. Public Gold on TV1 News - link
11. Public Gold on TV2 News - link
12. Public Gold on Astro Awani - link
13. Public Gold on TV3 - Rancangan Bijak Wang - Pelaburan Emas - link
14. Public Gold at Highway Billboard - link
15. Public Gold on BIZ MALAYSIA - link
16. Public Gold on AC Di Sini - link
17. Public Gold on Utusan Malaysia - link
18. Public Gold on Nan Yang Siang Pau - link
19. Public Gold on CheDet Blog - link, link
20. Public Gold on Tok Guru Blog - link
21. ETC - link
KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
Tuan,
Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas. Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
<http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57>
Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan. Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
<http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm>
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my/ <http://www.bankinginfo.com.my/> &
http://www.insuranceinfo.com.my/ <http://www.insuranceinfo.com.my/>
Terima kasih.
Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
SALAM MAULIDUR RASUL 1432H
Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah SWT. Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita.
Sedar atau tidak sedar sebenarnya pengamalan menggunakan dinar (emas) dan dirham (perak) adalah amalan atau muamalat yg dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Tiada sejarah inflasi pada ketika itu kerana umat pada masa sezaman Nabi kita menggunakan dinar dan dirham sebagai urusan jual-beli. Faktor utama keadaan ini ialah dinar dan dirham adalah merupakan kalis inflasi tegar. Oleh sebab itulah, dari dulu hingga hari ini sekiranya kita membeli seekor kambing ia bersamaan 1 dinar (4.25g, 916) atau RM636 (harga semasa). Bukankah nilai emas dulu dengan nilai emas sekarang terpelihara? Jelas menunjukkan Allah SWT yang bersifat Ar-Razak (Pemberi Rezeki) atau nilai emas itu sendiri dipelihara oleh Allah SWT sehingga berkurun-kurun abad lamanya . Bahkan diceritakan mengenai EMAS dan PERAK didalam Al-Quran iaitu ganjaran pahala disyurga kelak. Kenapa EMAS atau PERAK? Hebat bukan!!!. Jadi EMAS dan PERAK bukan asing dalam sejarah tamadun islam. Sebab itulah orang tua-tua dulu kata tak rugi beli emas.
Turut didalam al-quran menyatakan perkataan DINAR dan DIRHAM (telah digunakan sejarah islam sebelum ini). Cuba kita rujuk Surah Al-Imran ayat 75 dan Surah Yusuf ayat 20 sebagai rujukan. Kedua-dua surah ini sudah membuktikan penggunaan DINAR dan DIRHAM. Pernahkah saudara/ri mendengar kisah khalifah yang pada zaman itu tiada seorang pun yang layak mengeluarkan zakat? Tidak lain tidak bukan iaitu Khalifah Umar Abd Aziz. Sedangkan diketahui beliau sepatutnya yang mengeluarkan zakat. Itulah sebenarnya sistem kewangan islam yang mantap lebih-lebih lagi kesan penggunaan DINAR dan DIRHAM. Percaya atau tidak, apabila sistem kewangan bersandarkan emas maka tidak timbul inflasi, percetakan wang kertas berbillion sehingga nilainya susut dll.
Oleh itu, beringatlah sebelum terlambat. Pernahkah anda menyimpan DINAR atau DIRHAM? Tidak percayakah akan DINAR dan DIRHAM yang pernah digunakan oleh Rasulullah? Hendakkah generasi kita akan datang berfikir "Saya langsung tidak tahu apa itu DINAR & DIRHAM"? Fikir-fikirkanlah. Semoga kita semua memastikan didalam setiap kocek-kocek seluar umat islam membawa sekurang-kurangnya 1 Dinar atau 1/2 Dinar atau Dirham sebagai menjunjung gemilang nya kehebatan matawang sunnah dan mendapat keberkatan. Sambutlah keputeraan kali ini dengan penghayatan dan mempraktik amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW (Sunnah).
KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN
1 Year Gold Price Chart