Wednesday, January 12, 2011

Rahsia Emas Public Gold Di Berita TV1

Graf kenaikan peratus EMAS setahun dan 5 tahun

1 Dinar 4.25g dgn ketulenan 916 (Public Dinar)


Rancangan TV1 RTM mengenai Public Gold

Kenapa tak percaya ke? Rugi ke beli EMAS? Sememangnya EMAS memiliki nilai yang paling stabil dan tidak mengalami penyusutan ketara berbanding wang kertas USD, RM dll. EMAS sememangnya mahal dan tiada siapa yang berkata EMAS itu murah. Perpatah kata masa itu EMAS, pisang EMAS dibawa belayar, hujan EMAS dinegeri orang dan macam-macam lagi penggunaan perkataan EMAS. Betulah kata orang tua-tua dulu kata EMAS takkan rugi.

Bukan itu saja, Rasulullah SAW sendiri bersabda " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) [musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal]. Jadi, sudah tentu jaminan bahawa EMAS adalah pelindungan kewangan sebenar dan pelaburan yang tepat lagi munasabah. Sejak zaman dahulu lagi pengunaan matawang emas atau dinar atau dirham digunakan untuk urusan niaga. Tiada sejarah islam membuktikan kadar INFLASI pada ketika itu adalah sangat tinggi berbanding hari ini. Sebagai contoh mudah, perbandingan harga nasi lemak dulu dan harga nasi lemak kini. Sudah pastinya mahal. Itulah INFLASI. Gaji orang dulu mampu memiliki sebidang tanah tapi gaji hari ini pasti belum tentu dapat beli sebidang tanah. Menurut sumber kajian berkenaan gaji penduduk di Malaysia bahawa gaji RM3000.00 dikawasan bandar adalah bertaraf miskin. Itu juga dipanggil INFLASI. Maka, persoalan yang timbul dimana kehebatan nilai RM yang dipakai selama ini oleh kita semua. Fikir-fikirlah...

Sebaliknya pemilik dan pembeli atau pelabur EMAS tidak akan mengalami INFLASI. Kalau zaman Rasulullah SAW 1 dinar bersamaan harga seekor kambing, tapi hari ini 1 dinar bersamaan RM649 (harga 13/1/2011) masih sama dgn harga seekor kambing hari ini. Jadi, tidak wujud situasi INFLASI disini atau dikenali ZERO INFLASI. Setiap tahun negara kita akan mengalami kadar inflasi 3%-4%. Jadi, jangan lupa istilah inflasi ini. Sebab itulah, saban hari kita kata nilai gaji hari ini tak cukup-cukup kerana perompak-perompak (spekulasi) diluar sana yang mengintai untuk merompak nilai wang kita tanpa disedari.

Tidak ada negeri didalam DUNIA ini boleh mengawal harga EMAS. Kerana EMAS adalah harga komoditi mengikut piawaian antarabangsa. Faktor permintaan dan penawaran menjadikan harga EMAS sentiasa dalam keadaan paling stabil. EMAS adalah sangat sesuai dijadikan aset kekayaan sebenar dan tidak luput walaupun berubah zaman asalkan ketulenan dan berat mengikut standard EMAS sebenar. Kenaikan peratus EMAS bagi 1 tahun utk tahun 2010 ialah 29.66% atau 30%.

Digalakkan kepada yang tidak pernah membeli emas (bukan perhiasan) maka dicadangkan berjinak-jinak terlebih dahulu dengan membeli setiap bulan 1 dinar (4.25g, 916). Dan apabila cukup setahun anda boleh buat penilaian harga emas awal tahun hingga akhir tahun. Kemudian anda boleh membuat keputusan menjualkan kesemua EMAS tersebut atau PAJAKKAN @ AR-RAHNU EMAS berkenaan untuk mendapat keuntungan yang berlipatganda, insyallah pasti berjaya.

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELI EMAS + DINAR UNTUK PELABURAN ATAU NAK JADI TOKEY EMAS. SILA HUBUNGI RANGKAIAN MyeGoldDinar 019-6862197 (Alor Setar, Seremban), 0139879191 (Kota Bharu, Kota Kinabalu), 0123313785 / 0126179602 (Shah Alam, Damansara, KL).

Monday, January 10, 2011

Ramalan Harga Emas Tahun 2011



Ramalan Harga Emas pada Tahun Hadapan 2011

22 Disember 2010: NEW YORK (Commodity Online): Pada setiap penghujung tahun, ini adalah masa untuk semua komiditi membuat ramalan tidak ketinggalan ramalan untuk emas. Sebagai harga penutup untuk emas pada tahun ini, 2010, banyak ramalan yang telah dikeluarkan oleh komoditi-komoditi emas. Ada diantara mereka menyasarkan harga emas akan menaik antara $1500 per ounce sehingga $2000 per ounce. Apa yang pasti harga emas akan merempit dan melonjak lagi pada tahun 2011.

Diantara ramalan harga emas yang telah dibuat oleh komiditi-komoditi emas terkemuka untuk tahun 2011:

Bullion Research Desk of Commodity Online:
Harga Emas harga berkisar sekitar $ 1500 – $ 1600 per ounce pada 2011. Harga emas dijangka akan naik pada tahun 2011 disebabkan oleh keadaan dolar AS yang tidak seimbang serta mata wang yang lain, pengeluaran emas yang berkurangan, peningkatan masalah perlombongan dan permintaan untuk perhiasan emas yang semakin meningkat . Harga emas dijangka melepasi $ 1500 per ounce.

Global commodities guru Jim Rogers:
Harga emas dijangka mencecah melebihi di atas $ 2000 per ounce berikutan masalah inflasi yang semakin ketara.

Saxo Bank:
Harga Emas diramalkan akan berada pada $ 1,800 per ounce pada tahun 2011 jika Dolar AS semakin kukuh, mencetuskan perang mata wang segar di Pasifik yang pasti tekanan akan tertumpu kepada China dan pelabur pula akan beralih ke pelaburan emas yang lebih stabil secara tidak langsung akan melonjak emas kepada $ 1800 per ounce.

Henderson:
Harga Emas akan naik ke $ 1600 pada tahun 2011.

PricewaterhouseCoopers:
Kaji selidik yang dijalankan ke atas 44 pelabur dan eksekutif perlombongan emas yang dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers’s Canadian Mining Group anggaran kenaikan emas sekitar $ 1500 per ounce untuk 2011.

BNP Paribas:
Apakah anggaran rata-rata $ 1,500 dalam 2011.

Goldman Sachs:
Telah menetapkan sasaran emas selama 12-bulan yang akan datang kepada $ 1690 per ounce.

Capital Economist:
Berikutan kebimbangan inflasi meningkat, harga emas dijangka akan melonjak ke £ 1,600 pada tahun 2011 dan mencapai $ 2,000 pada akhir 2012.

ABN AMRO / VM Group:
Ini telah meningkatkan rata-rata anggaran sebelumnya 2.011 emas sebesar $ 35 sampai $ 1459, naik dari $ 1.424 pada bulan November.

Oleh yang demikian, ambillah peluang yang ada sekarang untuk menambah stok emas yang sedia ada berasaskan ramalan harga emas yang telah dibuat oleh pelabur, pembaca, penjual bullion dan kerajaan sejak beberapa minggu terakhir ini.

Sumber: http://emaspg.com/

Jika anda berminat untuk memiliki dan ingin menjadi dealer emas dinar. Sila hubungi rangkaian MyeGoldDinar ditalian atau sms 0196862197 (Alor Setar, Seremban), 0123313785 (Shah Alam, Damansara, KL) &
0139879191(Kota Bharu, Kota Kinabalu)

Sunday, January 9, 2011

Harga USD Vs RM & Kaitan Dgn Harga Emas


Salam ukhuwah, saya ingin berkongsi satu lagi artikel drpd En.Rosihan

Dalam post kali ini, saya ingin membincangkan faktor-faktor yang dapat mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas dunia. Sebagaimana kita tahu, emas merupakan komoditi yang tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti peperangan, bencana alam dan ketidakstabilan politik. Meskipun emas amat sukar dimanipulasikan, namun perkara-perkara dibawah perlu dipertimbangkan ketika membuat keputusan melabur dalam emas:


1. Pengaruh kejatuhan/pengukuhan USD dalam kenaikan/penurunan emas

USD memainkan peranan penting sebagai faktor atau indeks perbandingan ke atas emas. Seandainya pengukuhan USD berlaku, harga emas akan mengalami penurunan dan begitu juga sebaliknya. Kestabilan dan peningkatan ekonomi US akan turut mempengaruhi harga emas.

Sebagai contoh, berikutan berita pengukuhan USD dan ekonomi US oleh Non-Farm Payrolls Report telah menarik ramai pelabur untuk beralih dari memilih emas sebagai 'safe haven' untuk melabur ke dalam pasaran yang lebih berisiko tinggi untuk meraih keuntungan yang lebih besar. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.guardian.co.uk/busi…..m-payrolls


2. Pengaruh pengukuhan RM ke atas USD
Pada tahun 2010, kita telah menyaksikan kenaikan RM berbanding USD.. bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah hari ini 1USD = RM3.06. Keadaan ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Apakah benar-benar RM mengukuh? Kenapa harga minyak terus naik? Apakah komoditi akan terus naik? Bagaimana dapat kita pastikan perkara ini?

Satu cara yang paling mudah ialah membandingkan nilai tukaran RM terhadap nilai matawang jiran kita SGD. Ternyata sebenarnya, RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, RM mungkin mengukuh relatif kepada USD.. tetapi bagaimana pula SGD. Jika tahun-tahun lalu 1SGD=RM2.20, pada tahun 2010 kadar maksimum yang dicatat 1SGD = RM2.40, dan 1USD = RM3.08 pada hari yang sama. Klink link ini untuk melihat dengan lebih terperinci.. http://www.bnm.gov.my/index.ph…..38;unit=rm Sebagaimana mana kita mengatakan, 'Harga emas tak berubah, cuma nilai matawang yang jatuh' mungkin itu juga yang berlaku kepada USD, 'Harga RM tak berubah, cuma nilai USD yang jatuh'. Cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan saya terus membeli emas, meskipun ramai yang berkata mahal.

http://www.auraurum.com/

Jika anda berminat untuk menjadi Rangkaian MyeGoldDinar sila hubungi @ sms 019-6862197

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews