Saya ada terbaca beberapa topik berkenaan emas. Sebenarnya banyak perkara mengenai emas yang perlu kita peka dan ambil tahu.
Saya akan cuba fahamkan anda mengenai kepentingan emas dari sudut Islam.
“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)
“Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…” (Surah Yusuf:20)
Selain dari petikan surah-surah di atas, ada beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW seperti berikut:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)
Jelas sekali jika kita lihat daripada laporan Abu Bakar Ibn Abi Maryam itu apabila Rasulullah SAW sendiri bersabda mengenai kepentingan emas sehingga ke akhir zaman.
Selain daripada itu, Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika itu ia agak baru dan di pandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Adakah nilai matawang Ringgit Malaysia akan susut? Nilai mata wang sememangnya ada naik dan turun. Jadi itu perkara biasa. Namun sekarang jika diperhatikan secara kasar, duit RM50 itu umpama RM10 sahaja jika kita membuat jual beli. Semalam, saya nak pecahkan duit RM50 sebab nak beli kuih kat pasar malam. Saya ambik inisiatif untuk beli sedikit barang di kedai runcit. Saya beli,4 berus gigi, satu bedak, satu deodorant dan satu ubat gigi. Kena la RM46. Bakinya cuma RM4 sahaja. Terkejut saya kerana barang satu beg plastic kecil sahaja, tetapi hampir RM50 saya belanjakan.
Apabila kita lihat harga emas sekarang pula, jelas menunjukkan ia jarang-jarang sahaja turun dan sentiasa naik. Sekarang orang banyak mencuba untuk membuat pelaburan emas. Setelah membaca beberapa artikel mengenai emas dan matawang ni, saya dapati matawang merupakan satu nilai yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah Negara di atas satu keping kertas yang digunakan untuk menukar barang. Nilai matawang bergantung kepada sesebuah Negara itu.