Monday, February 14, 2011

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas. Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:

PUBLIC DINAR

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

<http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57>

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan. Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas

Bank Negara Malaysia

Jalan Dato' Onn

50480 Kuala Lumpur

Faks: 03-26987467

E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my


Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

<http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm>


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari

http://www.bankinginfo.com.my/ <http://www.bankinginfo.com.my/> &

http://www.insuranceinfo.com.my/ <http://www.insuranceinfo.com.my/>


Terima kasih.


Fadhilah bt Zainal Abidin

BNMTELELINK

Bank Negara Malaysia

No Tel : 1-300-88-5465

No Faks : 03-21741515

Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews