Wednesday, October 15, 2008

Ahli Geologi : Cabarannya Sekeras Batu


MUNGKIN ramai yang tidak tahu tentang bidang geologi. Geologi ialah ilmu sains berkaitan dengan bumi dan alam sekitar. Secara semantiknya, geo bermaksud batu. Justeru, ilmu geologi adalah ilmu atau kajian yang berkaitan dengan batu. Namun, geologi bukan sekadar mengkaji batu dari aspek luaran, malah lebih mendalam dengan melihat segala aspek tentang batu dan galian termasuk asal usul dan komposisi kimianya. Ilmu ini juga mengkaji bagaimana muka bumi terbentuk dan apa yang terdapat dalam muka bumi kita ini. Geologi turut melihat persekitaran termasuklah air dan udara. Yang menariknya, kajian geologi bukan sekadar kajian di makmal. Ahli geologi menganggap segala yang ada di sekitar mereka adalah makmal kajian mereka. Ahli geologi banyak melakukan kerja lapangan (field work) untuk mendapatkan hasil kajian mereka. Justeru pembelajaran dalam bidang geologi bukan sekadar dalam kuliah, malah turut melibatkan kajian makmal, kajian lapangan di lokasi tertentu dan kajian di makmal lokasi. Dalam kuliah, ahli geologi diajarkan tentang teori dan prinsip sains agar mereka faham tentang apa-apa yang ingin dikaji. Semasa kajian lapangan mereka akan mencari bahan yang akan dibawa ke makmal untuk kajian lanjut.

Monday, October 13, 2008

Jemputan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di SMASKP Tahun 2008



Gambar kenangan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1429H Di SMASKP pada 11 Oktober 2008 bersama-sama guru-guru dan Tuan Pengetua SMASKP. Teruskan Perjuangan Dlm Mendidik Anak Bangsa.

Sudutan Video Tanah Runtuh Di Sepanjang Jln Tun Sardon, Pulau Pinang




Kajadian tanah runtuh ini berlaku pada 7 Ogos 2008 (8 Ramadhan 1429H) di Jln Tun Sardon-Balik Pulau. Satu bentuk kerjasama antara JKR (Cerun),K.L dan JMG KPP telah dijalankan untuk mengkaji kejadian tersebut.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di JMGKPP 2008











Pada 14 Oktober 2008, jam 12.00 tgh telah berlansungnya jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMG Negeri. Jamuan ini dimulakan dengan Majlis Tahlil yang diketuai oleh En. Ngah dr. unit SM. Selepas itu, Majlis Jamuan dimulakan serta diiringi dengan alunan muzik hari raya. Semua kakitangan mengambil bahagian dan menjamu selera pelbagai makanan seperti satay, kuih raya, nasi minyak dan mee hailam. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Kepada Semua Kakitangan JMG KPP.

Bersyukur Di Hari Raya Aidilfitri 2008




Dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada keluarga tersayang serta rakan-rakan seperjuangan, tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru dari SMASKP serta kakitangan JMG KPP.Alhamdulillah, ana bersyukur kepada Allah, kerana raya tahun ini diserikan dengan kehadiran insan bernama Muhammad Mujaddid Bin Muhammad Mustadza iaitu anakku serta berhari raya dengan mentua (Foto Keluarga Mentua & Keluarga Pasir Puteh) di Pasir Puteh, Kelantan. Moga-moga Hari Raya tahun ini mendapat keberkatan.

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews