Wednesday, June 9, 2010

Jauh, Bukan Semata-Mata Rindu

Dua orang saudara atau sahabat yang saling mengasihi kerana Allah memiliki hati yang bersih dan sentiasa bersifat tawaduk. Mereka sentiasa berasa rendah hati dan merasakan dirinya bukan apa-apa berbanding sahabatnya, maka persahabatan atau persaudaraan yang dijana akan sentiasa mendekatkan diri mereka kepada Allah s.w.t. Kesempurnaan kasih sayang, keikhlasan dan kesetiaan dalam ukhuwah dan persahabatan akan terbukti apabila dua orang sahabat atau saudara itu berjauhan di antara satu sama lain. Amat mudah memperlihatkan kebahagiaan dan kasih sayang apabila saling bertemu, tetapi bagaimana pula pernyataan mahabbah ini boleh berterusan apabila kedua-duanya terpisah?

Dalam Islam, apabila dua orang saling mengasihi kerana Allah, maka kemanfaatannya tidak hanya diperolehi oleh sebelah pihak, malah kedua-duanya mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t. Inilah nilai keikhlasan, kesetiaan dan istiqamah dalam merealisasikan Ukhuwah Fillah.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya dari kejauhan akan dikabulkan, di kepalanya ada malaikat yang diwakilkan, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya, malaikat tersebut berkata : Amin! (semoga Allah mengabulkan), dan untukmu kebaikan yang sama."

[Riwayat Muslim dalam Sahihnya]

Maka, apabila berjauhan, berdoalah untuk sahabat dan saudaramu.

Bukan semata-mata rindu!

Ex-Quarry An Established For Recreational Parks





Tuesday, June 8, 2010

Kembara Menyusuri Pulau Mutiara





Foto-foto ini diambil disekitar Georgetown, Persiaran Gurney, Pantai Bagan Ajam & Kebun Bunga (Taman Rekreasi Kuari). Sememangnya Pulau Pinang layak sebagai Bandar Warisan. Walaubagaimanapun faktor alam semulajadi turut berperanan seperti keindahan panorama Bukit Bendera, Pantai Batu Feringgi dll. Kesemua ini dicadangkan sebagai tapak geowarisan kerana Pulau Mutiara ini kaya dengan batuan granitnya (Igneuos Rock).

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews