Saturday, December 11, 2010

Azam Tahun 2011: ASB Ke Emas Fizikal





Kalau pada tahun 2010
Anda hanya menikmati bonus dan dividen dari ASB yang tidak melebihi 10%
Cadangan saya pada anda,cuba pada tahun 2011
Anda melabur dalam instrumen kewangan yang lain.
Yang dapat memberi anda pulangan 20 - 30%
Yang lebih stabil dan diakui hingga akhir zaman.

"Emas"

Anda sendiri tahu bagaimana nilai emas kian meningkat saban tahun.
Tetapi kenapa anda masih menyimpan didalam bentuk wang kertas.
Wang kertas dimamah inflasi
Emas pula kalis inflasi
Terbukti dari zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang.

Cuba pada tahun 2011
Anda membuat kelainan pada diri anda dan mungkin juga keluarga anda.

Tidak pernah memiliki emas,maka pada tahun 2011 adalah tahun anda memilikinya.
Menyimpan emas terbukti tidak pernah rugi dan hanya untung sahaja.
Semakin lama semakin tinggi nilai emas anda
Semakin lama semakin rendah nilai wang anda.
Harga barang tidak meningkat hanya kuasa membeli wang kertas kita sahaja yang jatuh
Emas meningkat dengan kadar yang sama dengan barang harian.

1 ekor kambing = 1 Dinar

Lakukan perubahan dan miliki emas anda.
Kami menjual emas dengan harga yang rendah berbanding lain.

01/01/2011 tarikh penentu anda
Simpan emas atau wang kertas
Pilihan anda?
Sejarah telah membuktikannya
Graf telah menyokongnya


Harga emas selama 10 tahun (412.03%)


Jadual dividen dan bonus ASB selama 18 tahun

rujukan http://www.bulliondinar.com/

KEMPEN BESAR-BESARAN PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM


Dr. Luv sedang memberi motivasi kpd para peserta


Bersalaman dgn Dr. Umar Vadillo Ibrahim


Tarikan peserta kepada produk Public Gold


Tenaga penceramah yg profesional dlm bidang kewangan emas

Menghadiri Seminar “Emas dan dinar sebagai pelindung kekayaan semalam dapat memberi ilmu dan semangat baru kepada para pendokong Emas dan Perak . Beberapa perkara yang menjadi tumpuan seminar:

1- Fiat money (wang kertas) adalah sistem kewangan dunia yang tidak ada sandarannya. Sesebuah Negara boleh mencetak wang sesuka hatinya. Secara jangka panjang ini akan membawa kepada hyperinflasi. Siapakah yang boleh menghalang pencetakan ini.

2- Walaupun sistem fiat money yang dimulakan oleh Amerika dan kekuatannya telah menjunam, tetapi kelemahan dan jiwa hamba negara-negara lain menyebabkan mereka tidak boleh memisahkan diri dari sistem fiat money ini.

3- Sistem Bank merangkumi juga amalan diperbankan Islam akan meneruskan sistem Riba yang diharamkan Allah juga merupakan pengumuman berperang dengan Allah. Pinjam seratus bayar dua ratus tidakkah riba nasiah (riba kerana bertangguh).

4- Sistem ini adalah satu penipuan yang dilakukan kepada rakyat. Rakyat menyimpan satu jumlah tertentu. Bank atau Negara mencetak sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut.

5- Meng”Islamkan” satu sistem yang orientasinya tidak islamik hanyalah penjenamaan istilah sahaja, analoginya seperti “Khinzir” yang cuba dihalalkan dengan sembelihan Syar’ie atau seperti mengislamikkan beer dan sebagainya.

6- Sistem Islami mestilah diamalkan menolak sistem-sistem yang diwujudkan ini. Ia bukan sistem baru. Tapi sistem Islam yang asal.

7- Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak adalah sistem kewangan sejak zaman Rasul s.a.w. Ia sistem Sunni. Penggunaannya dalam muamalah seharian , sewaaan, gadaian, pinjaman bebas dari unsur Riba.

8- Sebagai perbandingan seseorang yang meminjam RM 1,000 . Dalam sistem wang kertas membayarnya RM seratus sebulan selama sepuluh kali, dirasakan merugikan pemberi pinjam. Ini kerana wang kertas susut nilai. Sebaliknya seseorang yang meminjam RM 10 dinar.

Peminjam membayarnya satu dinar- satu dinar sepuluh kali, pemberi pinjam tidak akan merasa kerugian kerana emas semakin lambat dibayar nilainya bertambah.

9- Oleh itu, memiliki Dinar dan dirham bukan sekadar untuk disimpan, tetapi dialirkan dalam muamalah seharian seperti : dalam jual beli, sewa menyewa, pinjaman dan gadaian.

10- Sebagai momentum perubahan saya menyeru premis-premis perniagaan menerima Dinar dan Dirham dalam perniagaan mereka.

Sebagai contoh barangan yang berjumalah RM 40.00 boleh dibayar dengan 2 Dirham, barangan yang bernilai seratus boleh dibayar dengan harga 5 Dirham, barangan yang bernilai RM 200 bolehlah dibayar dengan 10 Dirham dan seterusnya mengikut nilai dirham harian. Begitu jugalah dalam pengamalan dinar.

11. Para peniaga boleh merujuk (Islamic mint.com) dan memaparkan harga dinar dan dirham secara harian kerana nilai dinar dan dirham berubah setiap 12 tengah malam.

Harga Dinar dan Dirham Kelantan untuk 12 Dis 2010 adalah seperti berikut:

Kelantan Dinar & Dirham

1/2 Dinar :: RM 332
1 Dinar :: RM 664
2 Dinar :: RM 1 328
5 Dinar :: RM 3 320
8 Dinar :: RM 5 312


1 Dirham :: RM 20
2 Dirham :: RM 40
5 Dirham :: RM 100
10 Dirham :: RM 200
20 Dirham :: RM 400
(updated 12/12/2010)


Sementara harga Dinar Public Gold berubah setiap 20 minit sekali, maka hendaklah dirujuk setiap kali melakukan muamalah dengannya. Sebagai contoh ketika post ini ditulis seperti berikut:

Dinar We Sell We Buy

1 dinar RM 653.00 RM 614.00
5 dinar RM 3249.00 RM 3070.00
10 dinar RM 6470.00 RM 6147.00
(updated 12/12/2010)

12- Sebagai permulaan saya menyeru setiap rumah sekurang-kurangnya memiliki 1 Dinar dan Dirham yang bernilai sepuluh dirham. Kemudian gunakanlah ia dalam muamalat harian.

12- Perjuangan mengajak kepada penggunaan Dinar dan Perak adalah juga perjuangan menobatkan Syariat, seterusnya menghancurkan sistem kapitalis yang zalim.

rujukan http://emas-amsyiq.blogspot.com/

Mengumumkan MyeGoldDinar menerima dinar dan dirham Kelantan dan dinar Public gold dalam semua urusan jual beli dan bentuk pembayarannya.

MyeGoldDinar - 0196862197 (mus)

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews