Jika dilihat peranan JMG ia merupakan sangat penting dalam dunia alam sekitar sama ada di daratan, lautan atau angkasawan sebagai contohnya bidang geosains, mineral, perlombongan dan kuari serta penyelidikan (di Malaysia). Lingkungan aktiviti JMG yang lain seperti pemetaan geologi, geologi kejuruteraan, geologi alam sekitar, hidrogeologi dan pengurusan maklumat turut membantu keunggulan fungsi JMG. Walaubagaimana pun, masyarakat masih tertanya-tanya dan ingin tahu akan peranan JMG. Barangkali persepsi masyarakat tidak kira dalam kalangan pelajar, individu tertentu dan sebagainya dikaitkan fungsi JMG dengan penghasilan air mineral, batuan, cari emas dll. Oleh itu, perlu ada usaha yang rancak bagi memastikan JMG lebih dikenali dan disegani. Sebagai contohnya, dengan mengadakan program-program berbentuk pendidikan geosains agar masyarakat khususnya pelajar-pelajar mengetahui dan meminati bidang ini. Hal ini kerana program-program pendidikan ini adalah asas atau akar umbi untuk membudayakan masyarakat berilmu dan secara tidak langsung menyerlahkan lagi kredibiliti JMG pada hari ini dan akan datang. Sebagai contohnya :
a) Bengkel Promosi Projek Wira Alam 2008 yang bertujuan mempromosikan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada pelajar sekolah. Bengkel ini mendapat kerjasama Jab. Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).Kumpulan sasaran dalam bengkel ini ialah guru-guru penasihat Kelab Pencinta Alam / Projek Wira / Persatuan-persatuan berkaitan.Ihsan Majalah NRE 2008
b) "Jungle River Ecology II" (JRE II) dimana tujuan program ini ialah mempertingkatkan kemahiran pendidik dalam konservasi biodiversiti pada 4-9 Ogos 2008 dengan kerjasama Institut Biodiversiti (IBD), Jab. Perhilitan dan KPM. Seramai 24 orang warga pendidik dari Pusat Ko-Kurikulum seluruh negara menghadiri program ini.Ihsan Majalah NRE 2008
Justeru, program-program spt diatas memerlukan kerjasama yang kukuh dan sokongan padu dari semua pihak yang terlibat. Penulis berasa yakin dan percaya program-program berbentuk pendidikan yang boleh diaplikasi dalam fungsi JMG akan menambah nilai dengan aktiviti-aktiviti JMG yg rutin. Menarik bukan! ilmu pun dapat, pengalaman dapat dicurahkan, pelajar akan tertarik dan tambah minat dll. Barulah masyarakat akan membuat penilaian serta menyakini kepimpinan sesebuah agensi. Untuk itu, jika tiada halangan penulis bercadang ingin membuat kertas kerja Kem Zoom Alam Geosains atau K-ZAG 09' yang terarah memberi pendidikan geosains dalam kalangan pelajar-pelajar di sekitar Pulau Langkawi (bergantung kelulusan kertas kerja dan sumber kewangan) di samping dapat memberi sumbangan termampu dengan sisa-sisa hidup ini. Berilah sokongan kerja-kerja murni ini demi memastikan generasi akan datang menyayangi bumi kita serta menghargai alam yang indah ini.

No comments:
Post a Comment