Friday, February 6, 2009

Info Geo:Kasiterit Sumber Bijih Timah

Kasiterit merupakan sumber utama bijih timah. Mineral kasiterit mpi komposisi kimia SnO2 yg mpi kandungan Sn sebanyak 78.77% dan Oksigen sebanyak 21.23%. Kasiterit boleh ditemui berwarna kuning keperangan, perang kecoklatan hingga hitam dan mempamerkan kilauan bergemelapan hingga sublogam. Hablurnya bersistem tetragon dan sering ditemui berbentuk prisma yg runcing di kedua-dua hujungnya (dwipiramid). Sungguhpun begitu, kadangkala mineral ini ditemui sbg jasad masif, bergranul atau bergugus. Ciri penting Kasiterit ialah sifatnya yg sangat tumpat (SG 6.8-7.1) dan keras (6-7 Mohs).
Dati segi geologi, mineral kasiterit terbentuk pada fasa akhir penghabluran batuan igneus. Kasiterit yg tertabur di dlm jasad igneus masif ini dikenali sbg longgokan bijih timah primer. Ia terbentuk persekitaran yg mpi suhu dan tekanan tinggi. Bijih timah primer menyumbang kira-kira 20% drpd pengeluaran bijih timah dunia. Longgokan jenis ini berasosiasi dgn pegmatit kaya timah (staniferous pegmatites), telerang kuarza (quartz-cassiterite) dan longgokan sulfida (sulfide-cassiterite).
Batuan pegmatit merupakan sejenis batuan igneus kaya silika yg terbentuk daripada leburan baki di akhir fasa penghabluran magma. Komposisi mineralnya hampir sama dengan granit tetapi mpi saiz mineral yg sangat kasar, iaitu melebihi 3 cm. Leburan baki mpi kandungan silika yg tinggi, bahan meruap (kebanyakan air) dan ion-ion logam termasuk Sn. Apb leburan ini menyejuk, ion Sn akan bergabung dengan silika (SiO2) lalu membentuk mineral kasiterit (SnO2). Proses ini berlaku jauh di dalam perut bumi dan dikenali sbg longgokan hipoterma. Kasiterit jenis ini sbg hablur dwipiramid hitam yg tertabur secara rawak di dlm jasad pegmatit.
Kasiterit juga boleh terbentuk di dlm batuan igneus kaya mika yg terbentuk daripada wap panas. Longgokan ini dikenali greisen dan terbentuk di akhir fasa penghabluran magma. Dlm proses ini, Sn diangkut dlm bentuk fluorida (SnF4) sebelum ia bertindakbalas dgn air utk menghasilkan kasiterit (Sno2).

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews