Tuesday, February 3, 2009

Pehimpunan Bulanan Kali-1 Tahun 2009

Perhimpunan kali-1 tahun 2009 telah dikelolakan oleh Unit Geosains JMGKPP. Pelbagai agenda perhimpunan ini telah diaturkan oleh AJK. Antaranya "Ucapan Pengarah baru dan majlis suaikenal kepada warga JMGKPP, paparan multimedia "The Meteorites Strikes Langkawi", dll. Dalam perhimpunan, penulis telah menjadi Pengerusi Majlis. Ucapan Selamat Datang kepada Tuan Pengarah JMGKPP, Tn. Hj Ismail bin Ahmad dari NSDK tempat kelahiran penulis. Walaupun beliau difahamkan beberapa hari sahaja menjadi Pengarah di JMGKPP (opsyen) tetapi nasihat, pengajaran serta motivasi daripada beliau cukup bermakna buat warga kerja JMGKPP. Yang menariknya dalam ucapan beliau ialah kaitan perpindahannya dengan "setandan buah pisang". Walaubagaimana pun, Allah swt maha mengetahuinya. Nasihat penulis jangan kita melakukan sesuatu tanpa mengikut kaca mata agama dan jadikan diri kita orang yang bermentaliti JUARA bukan mentaliti MANGSA (menyalahkan keadaan). "Allah tidak akan memberikan beban ke atas seseorang, melainkan ianya dalam kemampuan atau kekuasaan dirinya." (Al-Baqarah : 256).Ingat! jangan tak ingat!. Disini penulis telah menyediakan foto-foto sepanjang perjalanan perhimpunan bulanan kali ini. Terima kasih diucapkan kepada AJK yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews