Monday, December 20, 2010


Produk Public Dinar (1, 5 & 10 Dinar)


Set Hantaran Perkahwinan Menggunakan Dinar


Sampel Produk Gold Bar

Pernah beberapa teman dan kenalan yang apabila bercerita sahaja mengenai topik emas, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas. Contohnya:

“eh, emas mahal kan sekarang”

“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

“saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan. :)

Baiklah, sebelum MyeGoldDinar menjawab setiap persoalan dan keraguan-keraguan orang ramai seperti di atas, terlebih dahulu mari kita lihat akan trend kenaikan harga emas dunia mengikut graf kitco.

Berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan yang sesuai adalah seperti berikut:

“eh, emas mahal kan sekarang”
Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera dalam simpanan, terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun.

“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”
Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh (MyeGoldDinar sendiri dah Nampak hasil dari kenaikan harga Emas hanya dalam masa 3 ke 4 bulan sahaja). Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik.

“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)

“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”
Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik.

Sabda Rasulullah SAW: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menunguntungkan dan berbaloi.

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur?! Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.

saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
Pernahkan anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

http://www.emaszaman.com/

Jadi kepada anda semua Kami menyeru rebut peluang keemasan untuk menjadi dealer PROMOSI RM20k beli EMAS dapat EMAS dan dapat jadi DEALER masyuk!!!!!!!!! MAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN 100% ANDA DENGAN EMAS TERBAIK DI PASARAN!!!!!!
HEBAT!!!!!!!!!! PROMOSI TERHANGAT NEW DEALER SELURUH MALAYSIA MILIKI EMAS HANYA RM20K SAHAJA!!!!!!!!!!!!

PEMBAYARAN SECARA EPP BOLEH DIRUNDING 4x selama 4 Bulan

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT

TINGGAL 11 HARI SAHAJA!!!!!

SEHINGGA 31 DISEMBER 2010 SAHAJA

JIKA TERINGIN TAPI TIDAK MAMPU JANGAN RISAU JUALAN TERKUMPUL DALAM 1 RESIT AKAN DIBERI TUNJUK AJAR

OLEH

MyeGoldDinar

PERCUMA!!!!!!!

FOR INFO

CALL/SMS

MUSTAZA
0196862197

SERTA

Salam Semua Kami di MyeGoldDinar (www.bicarageomusbagus.blogspot.com) Jualan Emas No.1 Pilihan Anda ingin warwarkan Penjualan EMAS dijual setiap hari sampai Bila-bila. +Keuntungan +POSITIF Simpanan/Pelaburan 30% sehingga 40% dijamin sungguh. Jadi KAMI di MyeGoldDinar menyeru kepada sahabat2 dan rakan2 supaya miliki emas anda rebutlah peluang keemasan Tukar RM kepada EMAS anda pasti merasai keuntungannya. Sebab kita berada di zaman emas dan kita ialah generasi EMAS yang berilmu dan sangat2 bertuah.

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews