Esok akan bermula persiapan Konferen Geopark Kali-4 Peringkat Antarabangsa selepas Kali-3 di German. Program berlangsung bermula pada 9/4/2010 hingga 15/4/2010. Selain konferen, para peserta berpeluang mengikuti eksplorasi Geopark spt ke Manchinchang Cambrian (Terdapat batuan Tertua di Asia & Malaysia) , Kilim Geoforest Park dll. Disamping, menyaksikan hasil poster Geopark Negara-Negara (Berdaftar UNESCO) yang terlibat dengan Pembangunan Geopark. Sebanyak 64 (GGN) + 11 (Agensi lain) jemputan seluruh dunia akan menghadiri konferen tersebut. Penulis akan turut serta dalam konferen berkenaan untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran yang ada khususnya "Pembangunan Geopark" melalui usaha-usaha konservasi dll berserta paparan poster hasil kajian & rekabentuk penulis. Sebenarnya, bumi kita di Malaysia tidaklah unik & sehebat dgn negara-negara. Walaubagaimanapun, seharusnya kita bersyukur akan kewujudan negara kita melalui proses geologi yang menampakkan terdapat tapak-tapak geologi yg menarik dan boleh dibangunkan untuk generasi masa kini dan akan datang. Konferen yg bakal berlangsung akan mendedahkan kepentingan yg berkisar dgn geoheritage, geotourism, education programme, community involved dll. Masyarakat setempat khususnya dikawasan pembangunan geopark perlu mengambil bahagian dan bersama memajukan spt Pembangunan Geopark China. Punca kurangnya minat kepada pembangunan geopark ini (negara kita amnya) dalam kalangan kita adalah tahap kesedaran & pengetahuan, usaha promosi (sekolah & awam), kerjasama agensi, penerangan, isu perundangan, birokrasi dan seumpamanya telah mengekang usaha murni ini. Sekiranya kita semua berganding bahu maka usaha Pembangunan Geopark negara kita akan berkembang dan diiktiraf serta diminati para pelancong dalam & luar negara.
*Hasil Poster & Kajian penulis "Proposal For A Geoheritage Site Of Gunung Jerai Area, Kuala Muda, Kedah, Malaysia"
*Hasil Poster & Kajian penulis "Proposal For A Geoheritage Site Of Gunung Jerai Area, Kuala Muda, Kedah, Malaysia"
No comments:
Post a Comment