Wednesday, December 1, 2010

DUIT, EMAS DAN PERAK


HAKIKAT DUIT

Duit disisi fuqaha’syariat Islam

Dimaksudkan dengan duit pada istilah fuqaha’ ialah yang ditempa dari emas dan perak. Dikatakan juga: Tempaan daripada emas dan perak dan yang mengambil tempatnya yang digunakan oleh manusia dalam muamalat dan dianggap nilai kepada harta.

Ta’rif kepada duit ini adalah pendapat yang rajih, kerana dalam istilah manusia menganggap sesuatu sebagai harga yang mengambil tempat duit. Kerana ini kebanyakan fuqaha’ semasa dan pengkaji menerima amalan seperti ini.

DUIT SEBELUM ISLAM

Duit sebelum Islam melalui beberapa peringkat, peringkat yang penting ialah;

1- Peringkat pertukaran
Iaitu pertukaran barang dengan barang yang kedua-duanya bukan duit atau tukar barang dengan barang.
2- Duit barangan
Iaitu barang yang biasa digunakan oleh manusia sebagai perantaraan dalam pertukaran seperti susu, teh, unta, gandum dan sebagainya. Ia berbeza mengikut perbezaan persekitaran dan cara kehidupan manusia.

3- Duit galian
Melihat kepada kesukaran dalam menggunakan duit barangan, lalu mereka beralih kepada menggunakan duit galian, maka mereka menggunakan tembaga dan gangsa, kemudian mereka diberi petunjuk menggunakan emas dan perak, kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan kecantikan yang tersendiri, kekal apabila ditanam dan unsurnya yang tetap yang terpelihara dari di manipulasi.

"Emas alat takwa taqarrub kepada Allah"

rujukan http://emas-amsyiq.blogspot.com/

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews