Thursday, November 18, 2010

AgroBank adalah ArRahnu Yang Terbaik Bagi Emas Pelaburan Di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria.
Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas Public Gold, PAMP Suisse, Dinar Emas Public Dinar dan juga jongkong-jongkong emas yang lain.

Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan. Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia. Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.
Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank.

Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.

Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang sangat menarik untuk gadaian jongkong emas.
Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:
1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM159.10 segram)
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70% diberikan walaupun ia gadaian pertama.
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut... hehehe money is only a tool to make more money.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.50/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.95 (70% daripada RM148.50) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.
p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10395.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1575.00. Banyak tu..

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)
p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)
5. Promosi - upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)
Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.

Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:
24_aug_1c.jpg

Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?

1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba. Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.

2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman. Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang 6 bulan lagi baru fikir bayar. Courts Mammoth pun kalah oooo...)

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma dibayar 6 bulan akan datang.

4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam) Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong. Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

Kesimpulan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank. Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya. Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru iaitu pelabur emas. Ini kerana trend pelaburan emas telah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Kepada pembeli jongkong emas, anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank. Mereka akan menerima anda dengan tangan terbuka dan senyuman lebar.

Sumber Rujukan: jutawanemas.com

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews