Wednesday, November 10, 2010

Ada Apa Nilai 100 Trillion Dollar Zimbabwe?

Pernahkah anda membayangkan wang kertas 100 Trillion Dollar Zimbabwe dinilaikan melalui satu kertas?? Lihat gambar di bawah ini.....

100 Trillion Dollar Zimbabwe sekeping

Jika 'Dollar' diubah kepada 'Ringgit', sanggupkah anda memegang wang kertas 100 Trillion Ringgit??

Jika wang kertas ini wujud, bayangkan anda boleh membeli sebuah pasaraya Tesco dengan sekeping kertas. Adakah anda rasa ini logik?? "Sekeping kertas boleh beli Tesco, gila ke apa, kalau terbakar wang kertas tu habislah semua".

Atas sebab ini kerajaan memansuhkan wang kertas RM1000 dan RM500 sekeping, ini bertujuan untuk 'melambatkan' kesedaran rakyat tentang lemahnya wang kertas ini. Sekeping kertas bercetak bernilai RM1000, dan 'jaminan' kerajaan "SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI".

"Cuba tuan puan koyak-koyak wang RM1000, dan campak ke atas, agak-agak ada orang ambil tak??"sudah pasti anda berkata "TAKKKKK!!!!". "Baiklah, jika saya belah, potong, tumbuk emas sampai jadi serbuk, lepas itu saya baling, tuan puan nak kutip tak???".mesti" tuan puan kata NAKKK!!!". Sebab apa jadi begitu? kerana minda kita telah maklum dan semulajadi disetkan akan nilai yang terlalu mahalnya emas tu.

"Begitulah lemahnya wang kertas, bila dikoyak tiada siapa nak, sebab sudah tiada nilai, tapi kalau emas, saya belah, potong dan beri kepada saudara/saudari, emas ini masih lagi bernilai walaupun dilanjut berjuta tahun". Itulah kehebatan emas dan kekebalannya.

Berbalik kepada cerita Zimbabwe. Di Zimbabwe, kesan cetakan wang kertas yang berleluasa telah menyebabkan negara tersebut mengalami Hyperinflasi. Ini bermakna nilai wang kertas semakin jatuh atau dengan kata lain semakin lama semakin susut nilainya. Kesan daripada ini, harga barang yang anda lihat semakin naik menunjukkan nilai matawang kita semakin susut nilai. Ini bukan sahaja wang ringgit, apa-apa saja wang kertas malah mata wang lain termasuk USD juga semakin susut nilai.

Teringat kata-kata Tun Dr. Mahathir "Dollar seperti tisu tandas"

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews