Monday, October 18, 2010

Emas Atau PTPTN?


Artikel ini berkisar mengenai tip-tip Bijak Wang dikongsikan khas untuk para penuntut di menara gading. Seperti yang kita ketahui, para penuntut di Universiti secara majoritinye menggunakan khidmat pinjaman PTPTN untuk pembiayaan pengajian mereka. Namun, adakah mereka menggunakan secara berhemah? Hasil pemerhatian dan analisa saya, kebanyakan penuntut hanya menggunakan sebahagian dari pinjaman mereka setiap semester untuk tujuan pengajian. Yang lain-lain dibelanjakan ke mana?…

Sudah pastinya baki wang tersebut dibelanjakan untuk gajet-gajet terkini dengan gaya terkini seperti telefon bimbit yang canggih (Blackberry, Nokia, Iphone), Digital Camera, pakaian berjenama (Guess, Levis), ubahsuai kereta & motosikal, belanja awek, bersukaria dan yang sewaktu dengannya. Bukan untuk menyatakan bahawa benda-benda seperti ini tidak berfaedah tetapi KURANG berfaedah kerana belum sampai masanya para penuntut bergaya dengan benda-benda yang sebegini.

Oleh itu, nasihat saya sebagai bekas mahasiswa dan pernah melalui zaman keseronokan belajar menggunakan pinjaman PTPTN agar kurangkan perbelanjaan yang kurang berfaedah itu. Tumpukan kepada pengajian dan gunakanlah wang yang dipinjamkan oleh kerajaan itu ke arah yang lebih berfaedah dan dapat memberikan hasil kepada anda selepas tamat pengajian nanti.

Tips pada kali ini ialah, laburkan 20%-30% wang pinjaman setiap semester kepada emas. Mengapa saya pilih emas? Ini kerana emas merupakan aset dan pelaburan yang mempunyai security yang paling tertinggi / selamat di dalam kelasnya.

Sebagai contoh pengiraan :-
Pinjaman PTPTN setiap semester ialah RM 3500.
20% – 30% dari RM 3500= RM 700 – RM 1050
Harga 1 dinar emas sekarang (19/8/2010) ialah RM588.

Setiap semester, laburkan 20% – 30% itu untuk membeli emas. Dalam kes ini, anda dapat membeli dan mengumpul emas 1 dinar setiap semester. Katakan tempoh pengajian anda ialah 8 semester dan jika anda tertib mengumpul dan sabar (“berakit ke hulu, berenang ke tepian”), selepas tamat belajar anda dapat mengumpul sebanyak 8 dinar.

Sekarang ialah tahun 2010 dan anggaran anda tamat belajar ialah pada tahun 2014 (andaian).
Kenaikan harga emas selepas 4 tahun ialah 108% dengan andaian purata kenaikan harga emas ialah 20% (purata peningkatan tahunan paling rendah) setiap tahun.
Jadi, setiap 1 dinar emas anda pada awal tahun 2015 ialah, RM 588 x 108% = RM 1160
Anda sudah mengumpul 8 dinar semasa belajar di universiti dan selepas tamat belajar iaitu pada tahun 2015, nilai dinar emas anda ialah, 8 dinar x RM1160 = RM9280.

Jika anda sabar dan berkorban sedikit semasa belajar dari nafsu kemewahan/bergaya maka itulah hasilnya. RM9280 telah berjaya anda kumpul. Kemudian, bagaimana untuk tukarkan emas kepada RM?… Sekiranya ingin menggunakan duit setelah bersusah payah mengumpul/melabur emas anda bolehlah jual semula emas tu kepada saya atau Public Gold ataupun mana-mana Kedai Emas yang lain. Ingat..apa yang anda kumpul selama ini ialah EMAS.. jadi, dimana-mana sahaja emas ini tetap bernilai dan boleh dijual semula pada bila-bila masa.

Oleh itu, kumpul emas sebanyak dan simpanlah selama yang mungkin selagi tidak terdesak untuk menggunakan tunai (RM). Kerana….SEMAKIN LAMA MENYIMPAN EMAS, SEMAKIN MAHAL HARGANYA...JADI JIKA ANDA BERMINAT NAK BELI EMAS FIZIKAL SILA HUBUNGI DI 019-6862197

Sumber : Mahasiswa, PTPTN & Bijak Wang @ Danishgold.net (http://www.emaszaman.com/gold-savings/emas-ptptn.html)

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews