Monday, September 27, 2010

Emas Vs Wang Kertas


Seringkali dalam kalangan kita apabila menyebut soal "EMAS" maka sudah pasti akan mengatakan ia adalah "MAHAL". Oleh sebab itulah dalam peribahasa melayu ada menyatakan "masa itu emas", "hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri", "pisang emas dibawa belayar....dan lain-lain lagi. Hebat benar ke perkataan "Emas" ni? Bagaimanapula dengan "Wang Kertas"?Ada nilai ke? Sudah pasti jawapannya ia adalah sekadar kertas sahaja tapi ada nilai tidak seperti emas. Daripada sejarah dulu lagi terbukti "Emas" sudah mendapat nama dan menjadi buruan apatah lagi zaman hari ini. Sungguhpun manusia tahun akan nilai emas yang sangat berharga tinggi tetapi masih ramai yang takut-takut hendak membeli emas. Pernahkah anda terfikir duit simpanan 10% terkumpul daripada gaji kita ditukarkan kepada emas atau dinar emas kemudian menjual semula? Mana lebih untung simpan begitu sahaja atau beli emas dan jual semula? Jawapannya sudah ada, tepuk dada tanya logik anda. Hari ini, kalau kita guna wang kertas hendak ke Singapura, UK, Thailand dan lain-lain negara sudah pastilah kita terpaksa (wajib) menukarkan wang berkenaan. Jadi mana nilai wang kertas kita tu! Sebaliknya kalau kita menggunakan emas untuk memakai wang, seluruh dunia akan menerimanya lebih daripada sepuluh jari kita. Itulah penangan EMAS yang kebal. Sesetengah pendapat kata kalau hendak pergi menunaikan fardhu haji lebih kurang RM10,000 lebih. Bunyinya memang mahal sekali sekiranya kita tiada strategi atau pengetahuan cara berkesan untuk mengumpul dana ke Haji. Tips yang paling mudah kita beli emas fizikal terkumpul sbg cadangan (pasti keselamatan diurus dengan baik) selama 5, 10, atau 15 tahun (target). Insyaallah, tidak rugi kita beli emas fizikal/dinar emas kerana dalam tempoh 5 thn dan seterusnya pasti pelaburan kita tidak merugikan bahkan berlipat ganda kita perolehi (berdasarkan pelaburan emas semasa). Jadi, jangan tunggu lama-lama nanti ramai yang akan memburu emas sampai kita menyesal (http://www.goldprice.org/spot-gold.html). Tapi jangan lupa, bagi orang islam zakat emas wajib ditunaikan, cukup mudah pengiraannya iaitu Emas semasa (1 gram) x Jum. Gram yg dimiliki (g) x 2.5% atau 1/40. Nisabnya mesti 85g yang dimiliki sama ada simpanan, emas fizikal dan emas pakai (mengikut kadar uruf). Cukup sekadar penulisan kali ini. Moga-moga kita mendapat pengetahuan. Bersambung....

No comments:

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews