Pada tanggal 2/03/09 hingga 5/03/09, satu detik bersejarah bakal akan berlaku kepada penulis. Hal ini kerana, penulis dan rombongan JMG, Ibu Pejabat (En. Mat Niza & Prof. Dr. Shahida) akan menjalankan kajian geologi dan paleontologi (microfosil) di sekitar negeri Perlis dan sempadan Malaysia-Thailand. Bermulanya penulis telah bertolak dari pejabat JMGKPP ke Kuala Perlis jam 3.00pm. Inilah kali kedua penulis menjejak bumi Perlis dan kali terakhir pada tahun 1992 iaitu semasa penulis darjah 6 (rombongan sekolah ke Pulau Langkawi). Sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis, penulis melihat banyak perubahan telah berlaku dari segi pembangunan dan seumpamanya. Yang menariknya, penulis melihat pemandangan kars (batu kapur) di sekitar kawasan Kuala Perlis. Mungkin pemandangan Hutan Lipur Bukit Kubu. Bagi penulis, perjalanan ke Kuala Perlis adalah satu pengenalan dan mengenalpasti sumber-sumber warisan geologi. Pada asalnya penulis hendak menginap di Kuala Perlis Seaview (tak macam seaview pun) tapi malangnya tiada WIFI. So, penulis bercadang menginap di T-Hotel berhadapan jeti Kuala Perlis-Langkawi. Harganya berpatutan serta lengkap dengan khidmat streamyx (RM79.00 je). Insyaallah, esok pagi, penulis akan ke Wang Kelian (Potensi Geotapak ) untuk kajian yang telah dirangka.
Program tentative kerja lapangan di Perlis, 2 hingga 7 Mac 2009
1 Mac 2009 Ahad | Dr. Sashida dan Dr. Agematsu tiba dari Narita, Jepun. Menginap di hotel di KL. |
2 Mac 2009 Isnin | 10.00 pagi – perbincangan ringkas di Ibu Pejabat JMG, KL. 11.30 pagi – Bertolak dari KL ke Kuala Perlis (Kalau sempat singgah di Pejabat JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang di Alor Setar). Check in di Hotel Kuala Perlis Seaview, Kuala Perlis. |
3 Mac 2009 Selasa | Kerja lapangan di kawasan Wang Kelian, utara Perlis. |
4 Mac 2009 Rabu | Kerja lapangan di kawasan barat Perlis sekitar Banjaran Nakawan – batu kapur Paleozoik sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. |
5 Mac 2009 Khamis | Check out hotel. Kerja lapangan di kawasan sekitar Kangar dan Bukit Batu Puteh Petang – perjalanan ke Ipoh. Bermalam di Ipoh. |
6 Mac 2009 Jumaat | Kerja lapangan di kawasan Ipoh/Lembah Kinta. |
7 Mac 2009 Sabtu | Check out hotel – perjalanan balik ke KL. |
8 Mac 2009 Ahad | Dr. Sashida dan Dr. Agematsu balik ke Narita dari KLIA. |
No comments:
Post a Comment