Fitur yang dimaksudkan ialah Fitur Tegasan Angin (Wind-stress features). Fitur ini terdapat pada lapisan enapan-enapan pantai kuno berusia Kuaterner yang terdiri daripada batu pasir kasar bercangkerang separa konsolidat. Ia boleh ditemui dikawasan pantai yang berada betul-betul diatas paras pasang penuh, berhampiran jeti Tanjung Balau, Johor. Fitur ini terhasil akibat dari tiupan angin kencang ke daratan (landward) lalu menempa bahan-bahan sedimen pantai yang pada masa itu bercampur air dan berbentuk kental lalu mengeras seperti bentuk sekarang seperti foto diatas. Penentuan usia radiokarbon menunjukkan batu pasir pantai ini berusia 2500 y B.P (Anizan,1989). Ini nermakna pada lebih kurang 4,500 tahun dahulu angin di kawasan Tanjung Balau adalah lebih kuat dan kering serta berkemungkinan besar beriklim separa kering (slurry)(semi arid)
Fitur di Tanjung Balau ini merupakan satu-satu yang terdapat di Malaysia setakat ini. Memandangkan lapisan enapan kuaterner ini hanya setebal 0.5 meter - 2.0 meter sahaja terletak berhampiran jeti, hotel dan tapak perkhemahan, ia sangat terdedah kepada kemusnahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Maka marilah kita menjaganya. Lawatan sambil belajar sempena Mesyuarat Projek Warisan Geologi pada 22/12-23/12/2008 di M Suites Hotel, Johor Bharu

No comments:
Post a Comment