Tuesday, December 29, 2009

Khasiat Buah Pisang

Email : anuarani

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Monday, December 14, 2009

Warisan Geologi Gua Kelam


Pengenalan

Bukit Batu Kapur Gua Kelam terletak di utara Perlis berhampiran dengan Pekan Kaki Bukit. Kedudukannya lebih kurang 26 km ke utara Kangar, Perlis. Kawasan ini mudah dihubungi melalui jalan berturap. Gua Kelam merupakan sebahagian dari Banjaran Nakawan (sempadan Malaysia-Thailand) yang terdiri daripada batu kapur. Terdapat beberapa buah gua di kawasan ini dan Gua Kelam merupakan gua yang terpanjang iaitu kira-kira 370m. Batu kapur yang membentuk Gua Kelam juga merupakan sebahagian daripada Formasi Setul (batu kapur tertua diutara Semenanjung Malaysia) yang berusia Ordovisi hingga Devon bawah (370-500 juta tahun).

Batuan
Batu kapur yang berwarna kelabu, berlapisan tebal dan menunjukkan tekstur berjalur

Sejarah Pembentukan Gua Kelam
Kesan aktiviti tektonik (Perlipatan dan Penyesaran Jasad) pada masa Trias atas (200 juta tahun) yang disertai penerobosan jasad granit (berhampiran granit Gunung Cina, Wang Kelian) dan Proses Hakisan Air (perlarutan kalsium karbonat) membentuk rongga dan gua

bersambung

Saturday, December 12, 2009

Terminology of Karst?

Karst

Karst is a distinctive topography in which the landscape is largely shaped by the dissolving action of water on carbonate bedrock (usually limestone, dolomite, or marble). This geological process, occurring over many thousands of years, results in unusual surface and subsurface features ranging from sinkholes, vertical shafts, disappearing streams, and springs, to complex underground drainage systems and caves.

Punca Hati Keras Membatu


Email : mohd naim mohd zain
Assalamu'alaikum wbt...Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Wednesday, December 9, 2009

Tanah runtuh ancam MRSM Bentong



KESAN runtuhan kira-kira 400 meter dari kuarters guru.

BENTONG: Pihak pengurusan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berhampiran Plaza Tol Bentong dekat sini, diarahkan mengosongkan kawasan terbabit selepas satu runtuhan tanah berlaku kira-kira 400 meter dari sebuah pangsapuri yang menempatkan kuarters guru maktab berkenaan, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, tebing bukit yang dilapisi batu konkrit sebagai penahan tanah dipercayai runtuh berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Noor, berkata polis menerima laporan berkaitan runtuhan di kawasan MRSM itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Selepas Setahun, Tragedi Bukit Antarabangsa Tetap Diingati


Tragedi Bukit Antarabangsa Disember tahun 2008

KUALA LUMPUR: Hassan Saad tidak mungkin melupakan peristiwa jam 4 pagi 6 Disember tahun lepas apabila bumi tiba-tiba bergerak, dan secara tiba-tiba beliau sekeluarga tidak lagi boleh mendiami rumah kesayangan mereka di Bukit Antarabangsa di sini. "Sampai bila-bila pun kami takkan lupa. Rasanya seperti baru semalam peristiwa itu berlaku," kata Hassan, 51, mangsa tragedi tanah runtuh yang mengakibatkan 14 rumah jirannya ranap dan lima orang terkorban.

Semalam, genap setahun kejadian itu berlaku, namum bagi Hassan serta penduduk lain, mereka masih berada dalam keadaan trauma. Lebih 260 keluarga yang terperangkap di kawasan itu diarah keluar dan mencari penginapan sementara.

"Cukuplah sekali. Pihak berkuasa perlu pandang serius dan ambil langkah sewajarnya tangani perkara ini... jika tidak peristiwa ini boleh berulang," kata Hassan yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin ketika melawat tempat kejadian

Sementara itu, laporan siasatan mengenai kejadian itu yang telah diubah status daripada kalisifaksi "rahsia" dijangka dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) esok.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan yang mengalami runtuhan telah dibaik pulih dan jalan utama untuk masuk ke taman-taman perumahan itu juga telah ditar semula.

Menurut Hassan, adalah penting masyarakat juga didedahkan dengan pengetahuan berkaitan cerun.

"Jika dilihat pada keadaan sekarang, ramai yang menetap di kawasan kediaman berhampiran dengan cerun atau di atas bukit. Jadi pihak yang berkenaan sepatutnya menganjurkan program yang boleh membantu penduduk mengetahui mengenai cerun.

"Jika terjadi sesuatu, mereka tahu bagaimana mahu bertindak," katanya yang kini menyewa di kawasan perumahan berdekatan apabila rumahnya yang terletak di Taman Bukit Mewah turut mengalami kerosakan ekoran tanah runtuh berkenaan.

Bekas wartawan Radio24, Rahayu Nordin berkata beliau mengambil masa hampir sebulan untuk menghilangkan trauma yang dialaminya berikutan tragedi itu.

Bukit Antarabangsa selepas kejadian tanah runtuh

"Sebagai reporter untuk Radio24 Bernama ketika itu, saya juga terpaksa buat reporting dari rumah dengan melaporkan apa yang berlaku walaupun ketika itu terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik yang terputus," katanya yang masih menginap di perumahan yang sama iaitu Kondominium Sinar Ukay.

"Sekalung terima kasih kepada pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan beberapa pasukan keselamatan lain yang banyak membantu penduduk ketika kejadian itu.

"Saya bersimpati terhadap mereka yang telah kehilangan insan tersayang. Saya berharap peristiwa ini tidak akan berulang lagi agar tiada lagi nyawa yang terkorban selepas ini," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Datuk N. Muneandy berkata penduduk berhak untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu terjadi dan lebihlebih lagi mengenai keselamatan kawasan itu.

Katanya, pelbagai masalah timbul apabila tiada maklumat dikeluarkan berhubung keselamatan kawasan itu, terutama bagi mereka yang menyewa dan juga penyewa. BERNAMA

Sunday, December 6, 2009

Hasil Persiapan Pameran Majlis Perasmian Telaga Tiub



Pameran sempena majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub tersebut berjalan dengan lancar dengan paparan model SPATR (Hidrogeologi). Terima Kasih kepada pembantu-pembantu AJK Pameran yang telah menyusun dan merangka pameran tersebut.

Sistem Telaga Tiub Kg. Baru Bukit Genting, Jenun, Pendang






Telaga Tiub tiub ini telah digerudi dengan kedalaman 72.0 meter. Kawasan sekitar yang terdiri daripada Formasi Sungai Petani (salinglapis batuan syal, batu lumpur & batu pasir). Foto majlis seterusnya diselitkan dengan temubual wartawan kepada Dato TKSU II dan Dato' KP JMG. Untuk makluman, pada malamnya melalui berita RTM 1, serotan berita mengenai majlis tersebut telah dipaparkan pada jam 8.40mlm.Tahniah kepada semua yang terlibat.Terutamanya AJK Majlis Perasmian ini.

Kemuncak Majlis Di Kg.Baru Bukit Genting, Jenun, Pendang






Kemuncak majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub berlansung keesokan harinya. Tanggal 6hb Disember 2009 merupakan detik bersejarah majlis pelancaran. Majlis dimulakan dengan pertunjukan silat bersama alunan musik tradisional. Majlis diikuti ucapan aluan oleh Tn.Pengarah JMGKPPP (Tn.Hj. Zainol Husin),Ketua Kampung dan ucapan perasmian oleh Dato TKSU II NRE (Dato Hj. Azmi b. Che Mat).

Majlis Makan Malam Bersama Dato TKSU II NRE di Restoran Hijrah,





Majlis makan malam bersama Dato TKSU II NRE di Restoran Hijrah, Jln Titi Gajah (500 m ke Rumah Dato KP JMG). Masa makan jam 9.30 mlm. Memang sedap makan di kedai tu, maklumlah kedai baru buka. Menu malam tu, dimulakan dengan makan buah(ambil sunnah dulu), lepas itu sup rusa dengan roti garlic, ayak buah belanda dan akhir sekali disajikan dengan beef stik bersama jagung dan kentang bakar.sedap tak terhingga katakan.penulis turut serta pada majlis tersebut bersama dengan wakil-wakil NRE dan JMG Ibu pejabat.

Lawatan Tapak Pra Majlis Perasmian Telaga Tiub





Lawatan tapak pra Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub oleh Dato' KP Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia bersama AJK terlibat bagi memastikan kelicinan program adalah teratur

Monday, September 7, 2009

HADITH HARIAN: Sedekah berbuka pahalanya besar

Email : Zamri Kecik's

Ibn ‘Abaas berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling banyak bersedekah dan baginda memperbanyakkan sedekah di bulan ramadhan iaitu bulan di mana Jibrael bertemu baginda setiap malam dari awal hingga akhir Ramadhan.” (alBukhari). Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu. ”. Riwayat (at-Tirmidzi)

IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin 'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. "Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba- Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”

Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin.“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”

Anak-anak Muda Yang Merubah Dunia

Email : Zamri Kecik's

1. Mark Zuckerberg (kini 25 tahun/asal AS)
(siapa yang nggak kenal facebook??) Ketika menciptakan situs jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg baru berusia 19 tahun. Ia membuat Facebook untuk membantu membangun jaringan sosial bagi remaja di kampusnya saat itu, Universitas Harvard, Amerika Serikat.


Kini, Facebook merupakan situs jejaring sosial terbesar kedua setelah MySpace. Di bawah pimpinan Sang Penemu, situs ini terus tumbuh hari demi hari. Jutaan pengguna baru terus mendaftar setiap bulan!

2. Steve Shih Chen (31 tahun/Taiwan- AS), Jawed Karim (30 tahun/Jerman- AS), Chad Hurley (32 tahun/AS)
Keduanya adalah pencipta dari situs “berbagi video online”, YouTube. Mereka mendirikan YouTube pada 2005. Ketika itu, Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun.

Pada Oktober 2006, YouTube diakuisisi (diambil alih kepemilikannya) oleh Google. Nilainya: 1,65 miliar dollar AS (Rp16,9 triliun).

3. Jerry Yang (40 Tahun/Taiwan- AS) dan David Filo (42 tahun/AS)
Pada tahun 1995, kedua orang ini menemukan Yahoo!, situs mesin pencari kedua terbesar setelah Google. Saat itu, Jerry berusia 26 tahun dan Filo 28 tahun.

Tahun lalu, perusahaan raksasa Microsoft sempat ingin membeli Yahoo!. Nilai tawaran yang dibicarakan: 44,6 miliar dollar AS (Rp458,8 triliun). Rencana ini memang batal. Setelah itu, Microsoft dan Yahoo! tidak menampik mengenai kemungkinan kerja sama di masa mendatang.

4. Matt Mullenweg (25 tahun/AS)
Matt Mullenweg adalah pencipta situs penyedia blog gratisan: WordPress. Ia mulai baru berusia 19 tahun ketika mulai menciptakan cikal bakalnya.

WordPress menjadi tenar dalam waktu singkat. Alasannya, situs ini mudah dipakai dan selalu diperbarui. Hingga tahun 2008, tercatat ada 230 juta pengakses tetap dengan 6,5 miliar halaman WordPress yang bisa dilihat. Lalu, ada 35 juta posting baru dengan tambahan rata-rata empat juta posting setiap bulan.

Matt, yang pernah datang ke Jakarta pada Januari 2009 ini mengatakan, ia tidak akan menjual WordPress ke perusahaan besar dengan harga’ selangit’. Ia juga bilang, tidak mencari keuntungan dari WordPress. Keuntungan sudah ia dapatkan dari beberapa perusahaan, yang dimilikinya.

5. Tom Anderson (38 tahun/Amerika Serikat)
Tom Anderson merilis MySpace pada bulan Agustus 2003. Ada kesimpang siuran data mengenai usianya saat itu, namun berbagai sumber menyebut Tom berusia kurang dari 30 tahun ketika menciptakan MySpace.

Saat ini, MySpace adalah salah satu situs jejaring sosial paling besar di dunia, yang bersaing ketat dengan Facebook. MySpace telah digunakan lebih dari 100 juta orang, dengan pengguna terbesar berasal dari kawasan Amerika Serikat.

Kelebihan MySpace terletak pada bidang musik. Ketika fasilitas musik terbaru (yaitu “audio streaming” gratis) diluncurkan pada 25 September 2008, hanya dalam beberapa hari saja, ada miliaran lagu yang didengarkan oleh para penggunanya. Kelebihan ini membuat banyak orang memperkirakan bahwa MySpace bisa mempengaruhi industri musik di internet.

6. Blake Aaron Ross (23 tahun/AS)
Blake Ross adalah pemuda jenius yang menciptakan Mozilla, fasilitas penjelajah internet. Mozilla diluncurkan untuk umum pada November 2004. Saat itu, usia Blake baru 19 tahun!

Mozilla kemudian digabungkan dengan Firefox, program yang diciptakannya bersama Dave Hyatt. Maka, setelah itu, namanya menjadi Mozilla Firefox.

Dengan cepat, Mozilla Firefox diterima para pengguna internet di dunia. Ia, antara lain, dinilai lebih aman dan mudah dipakai (dibandingkan dengan para kompetitornya) . Ia juga dinilai mampu merebut sebagian pasar fasilitas penjelajah internet, yang selama ini dikuasai oleh Microsoft Internet Explorer.

Banyak orang memuji kesuksesan Blake Ross. Direktur engineering Yayasan Mozilla, Chris Hoffman, mengatakan, “Dalam dunia ‘Open Source’, posisi seseorang tergantung pada keahliannya. Dan Blake Ross memiliki semua keahlian yang dibutuhkan.”

7. Pierre Omidyar (41 tahun/Perancis- AS)
Pierre Omidyar merilis eBay pada 4 September 1995. Saat itu, usianya 28 tahun.

eBay adalah situs lelang online. Awalnya, Pierre membuat eBay untuk menolong seorang teman dekat yang ingin menjual sebuah produk. Namun, tak lama kemudian, eBay berkembang pesat menjadi lahan bisnis yang amat prospektif. Kini, eBay adalah situs lelang online terbesar di dunia.

Menurut Pierre, dalam sebuah wawancara, kesuksesan eBay tidak lepas dari dua hal. Pertama, kuatnya komunitas penjual dan pembeli, yang jumlahnya mencapai ratusan juta orang. Kedua, nilai-nilai baik yang dianutnya. Dalam bisnis, eBay percaya bahwa pada dasarnya setiap manusia itu baik dan setiap orang memiliki suatu keunggulan yang bisa diberikan kepada orang lain. Selain itu, eBay percaya bahwa kejujuran dan keterbukaan bisa membawa kebaikan pada diri manusia. Maka, aturan “emas” eBay adalah mengakui dan menghormati setiap orang sebagai individu yang unik. eBay pun berharap para anggotanya bisa mengikuti contoh yang diberikan.

8. Larry Page (36 tahun/AS) dan Sergey Brin (35 tahun/AS)
Keduanya merilis Google pada 4 September 1998. Saat itu, mereka baru berusia 25 tahun dan 24 tahun. “Kantor” pertama mereka adalah garasi.

Google, mesin pencari yang bisa menampilkan segala jenis informasi ini, disukai banyak orang – terutama para mahasiswa. Maka, hanya dalam tempo waktu beberapa tahun saja, Google bisa berkembang amat pesat dan meraup keuntungan miliaran dollar AS. Kini, Google bisa disebut sebagai mesin pencari nomor satu di dunia.

Kisah sukses Larry Page dan Sergey Brin dalam menciptakan dan mengembangkan Google telah menjadi inspirasi bagi banyak orang muda di dunia ini, khususnya para penggemar teknologi informasi. Mereka berharap bisa membuat program baru yang berguna bagi masyarakat dunia dan menguntungkan dari segi finansial.

Tuesday, September 1, 2009

PAU AHMAD KA P.A FOOD?



Sekali pandang nampak ada logo halal. Dua kali pandang nampak P.A FOOD..
Syarikat ni milik Islam ke bukan?
Pakat-pakat pikiag sendiri lah...
Sapa-sapa yang selalu makan PAU AHMAD tu...eloklah siasat dulu..Sapa tokeh syarikat ni...

PENDEDAHAN SYARIKAT..MILIK.ORG BKN ISLAM
PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau….


P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886

Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine
flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,
Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,
Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Email: lcding@...

URL: http://www.pa-food.com/

Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini?

Wednesday, August 26, 2009

Habbatus Sauda’ Cegah H1N1?


Kehebatan Habbatus Sauda’ telah dibuktikan oleh Saintis seluruh dunia
Menguatkan Sistem ketahanan badan melawan serangan penyakit
Membantu pesakit lelah (asma), resdung, darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser, batu karang, strok, migrain, masalah hati, buah pinggang, kolestrol,
demam, , batuk berkahak dan sebagainya
Sabda Rasulullah:
“Tetaplah kamu dengan
Habbatus Sauda’
ini kerana sesungguhnya padanya
terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati) ”
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Thursday, May 21, 2009

Berita Sukan KASKEK 09' : JMG United vs Real DCA


Satu perlawanan persahabatan Futsal antara pasukan JMG United dengan pasukan Real DCA (Jab. Penerbangan Awam Malaysia) telah berlangsung secara LIVE pada 20 Mei 2009 bertempat di Padang Futsal, Jitra. Perlawanan ini telah berlangsung pada pukul 9.00 mlm dan berakhir pada 10.00 mlm. Pada babak 15 minit awal perlawanan JMG United telah diganyang dgn 3 berbalas 0 oleh Real DCA. Walaubagaimanapun, JMG United terus bangkit pada babak perlawanan seterusnya dengan membelasah Real DCA, 10-5. Dengan itu, JMG United telah menang perlawanan persahabatan yang tak seberapa ini. Tahniah! diucapkan kepada pasukanJMG United yang telah berjaya mengalahkan Real DCA dipadang pihak lawan. Berikut adalah senarai pemain Futsal glamour JMG United :
a) Azihan De Sar
b) Mus Nani
c) Aswan Ronaldo
d) Wayne Fuat
e) Zul Tavez
f) Ghani Ferdinand
g) Park Ismail
h) pemain2 secara tidak langsung
MAJULAH SUKAN UNTUK JMG.

Wednesday, April 22, 2009

Program Jejak Warisan Anjuran MRSM Merbok 2009






Hari ini dalam sejarah. Pihak MRSM Merbok telah menjemput pihak JMGKPP untuk menghadiri majlis perasmian Program Jejak Warisan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang jam 8.30pagi tadi. Penulis diberi cederamata sebagai tanda perhargaan. Pada tarikh 14 April 2009, penulis telah memberi ceramah berkaitan Geologi Gunung Jerai dan kerjaya geologist. Pada hari ini, penulis telah kajian survey di kawasan sekitaran muzium, terutamanya aspek geologi. Penulis telah menemui batuan granit dan jalur pembentukan pegmatite. Selain itu, penulis dapat melihat banyak kepingan kilat yang terdiri muscovite. Insyaallah akan cuba paparkan pada masa akan datang. Tarikan lain, terdapat kawasan air terjun (minor).Esok, penulis akan ke tapak telaga tok sheikh dan batu kapal (schist/quartzite). bersambung..

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews