MUNGKIN ramai yang tidak tahu tentang bidang geologi. Geologi ialah ilmu sains berkaitan dengan bumi dan alam sekitar. Secara semantiknya, geo bermaksud batu. Justeru, ilmu geologi adalah ilmu atau kajian yang berkaitan dengan batu. Namun, geologi bukan sekadar mengkaji batu dari aspek luaran, malah lebih mendalam dengan melihat segala aspek tentang batu dan galian termasuk asal usul dan komposisi kimianya. Ilmu ini juga mengkaji bagaimana muka bumi terbentuk dan apa yang terdapat dalam muka bumi kita ini. Geologi turut melihat persekitaran termasuklah air dan udara. Yang menariknya, kajian geologi bukan sekadar kajian di makmal. Ahli geologi menganggap segala yang ada di sekitar mereka adalah makmal kajian mereka. Ahli geologi banyak melakukan kerja lapangan (field work) untuk mendapatkan hasil kajian mereka. Justeru pembelajaran dalam bidang geologi bukan sekadar dalam kuliah, malah turut melibatkan kajian makmal, kajian lapangan di lokasi tertentu dan kajian di makmal lokasi. Dalam kuliah, ahli geologi diajarkan tentang teori dan prinsip sains agar mereka faham tentang apa-apa yang ingin dikaji. Semasa kajian lapangan mereka akan mencari bahan yang akan dibawa ke makmal untuk kajian lanjut.
Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN
1 Year Gold Price Chart
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
Total Pelayar Blog Ini
code goes here
No comments:
Post a Comment