Friday, August 31, 2012
Saturday, August 4, 2012
Amaran Kepada Pelabur Emas Dari Bank Negara Malaysia ( BNM )
KUALA LUMPUR 31 Julai – Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati
membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam
syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank
Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang
melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.
Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan
sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan
aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini. Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau
individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas,
perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.
Bank pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai
berhubung dengan syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual
dengan BNM untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan pelaburan
daripada orang ramai.
BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu
tidak mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan
kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran,
pembangunan kewangan atau pembangunan kredit.
Tegasnya, di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989,
syarikat-syarikat tersebut perlu mendapat perakuan bertulis daripada
Bank Negara sebelum boleh menjalankan aktiviti itu di negara ini.
“Surat perakuan tersebut yang dikeluarkan oleh BNM bukan lesen
perniagaan atau kelulusan daripada BNM berhubung dengan perniagaan
terjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan berkenaan, ataupun
perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan,”
kata bank itu. “Senarai institusi terjadual yang telah mendapat perakuan daripada
Bank Negara itu hanya untuk disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.
Sunday, July 15, 2012
Thursday, June 14, 2012
Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012
FAKTA YANG DIRUNGKAI :
•
Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis
semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah
‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga
barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun
Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan
emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan
berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga
barangan dan servis semakin murah hari demi hari.
• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh
membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram =
RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1
gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan
harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1
biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji
kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah
kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan
~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1
kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini
berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1
kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000
memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012,
anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah
rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan
~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5
kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini
berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1
rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan
5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya
memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal
lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’.
JADI BIJAK!
- by Carl Samsudin (Monetary System Specialist)
Monday, June 4, 2012
Promosi MyeGoldDinar!! Sempena Hari Bapa Sehingga Jun 2012
Monday, May 7, 2012
Promosi!! Jom Pakat Tukar Emas Lama Kepada Emas Fizikal Baru!!
Untuk keterangan lanjut hubungi MyeGoldDinar (019-6862197/019-9973860 @ mustadzajmg@gmail.com) atau Rangkaian seterunya untuk menukarkan barang kemas lama/Dinar/Jongkong dll fizikal emas kepada Fizikal Emas MyeGoldDinar Public Gold (PG002160) terbaru. Tidak rugi pun jika anda sandarkan aset kepada EMAS FIZIKAL.
Jom sertai kami!!
Thursday, April 12, 2012
Saturday, March 17, 2012
Jualan Dinar & Dirham & Jewellery MyeGoldDinar
Monday, March 5, 2012
LOKET EMAS 5 GRAM DAN 10 GRAM PRODUK TERBARU PUBLIC GOLD MAMPU ANDA MILIKI !
1 Dinar Kelantan 917, 1 Public Dinar, iSerries 10g 916, Loket 5g 916, Jongkong 10g 999 |
Loket emas merupakan peroduk terbaru dan terkini dipasarkan oleh Public Gold hari ini. Loket ini dibuat dari emas 916 dan didatangkan dengan berat 5 gram dan juga 10 gram.
5 gram iSerries Jewellery 916 |
Loket emas ini dibuat dengan bermotifkan bunga raya bunga kebangsaan negara kita dan sterusnya yang mencerminkan ianya produk buatan Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah mengikut harga emas semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN
1 Year Gold Price Chart
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
Total Pelayar Blog Ini
code goes here