Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Saya Perlu Kepada Pelaburan Emas? Dan Pemilihannya

Pelaburan Emas Fizikal
Saya seringkali ditanya dengan soalan ini terutamanya daripada individu yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan Emas & Perak. Saya akui, ketika saya bermula dulu saya membeli semua jenis emas dengan tujuan ingin memiliki semua jenis bentuk dan berat yang ada.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman setelah setahun saya melibatkan diri secara separuh masa dalam bidang pelaburan ini, saya dapati bahawa pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya, dan faktor-faktor ini pula semestinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain.

Jenis - jenis produk pelaburan MyeGoldDinar Public Gold, berat dan cadangan penggunaannya :

EMAS

1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.

Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan
(Mid Term) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan Abu mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit rumah barunya dalam masa 2 tahun lagi, maka Abu menggunakan wang tersebut untuk membeli Gold Bar seberat 20g x 2 = RM8,000 dan 10g x 1 RM2,000.

Beliau memilih untuk membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaj untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.

 
2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.


Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, saya mengibaratkan Dinar ini adalah sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding saya hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik saya menukarkan kesemuanya kepada Emas 1 Dinar.

Pada bila2 masa sekiranya saya memerlukan tunai, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang saya perlukan sahaja, dan pada bila2 masa saya mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka saya akan menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, saya bukan sahaja menyimpan, bahkan saya juga membuat pelaburan walaupun jumlahnya hanya serendah RM700 - RM800, tetapi simpanan saya tetap berganda dari masa ke semasa apabila saya menukarkannya kepada tunai kelak.

3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.

Produk ranatai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana2 Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan.

Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini secara tidak langsung akan menggandakan jumlah emas yang anda miliki.
PERAK

1- Perak Bar 999.9 ~ 250g, 500g dan 1000g (1 kg)

Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.

Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 5% setahun, jika 5 tahun baru 25%.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja, dan cadangan ini hanya sekiranya anda ingin menjadi seorang Pelabur Emas & Perak. Sebagai seorang Pelabur, turun naik harga semasa tidak banyak mempengaruhinya kerana setiap pelaburan yang dibuat mempunyai matlamat yang jelas dan apa yang paling penting bagi seorang pelabur adalah mengenalpasti waktu bila mereka perlu JUAL, bukannya waktu bila mereka patut BELI. 
sumber : pelaburjutawan

Tuesday, September 27, 2011

Kenyataan Berhubung Pelaburan Emas dari BNM


Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,  kita dimaklumkan bahawa mengenai dua (2) perkara penting mengenai perniagaan emas dan perak serta skim pelaburan emas:

1. Urusniaga emas dan perak BUKAN di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.   (bermaksud, perniagaan emas dan perak tidak memerlukan sebarang kebenaran
@ kelulusan daripada BNM, jadi sesiapa sahaja bebas berniaga emas dan perak)



2. Bagaimana pun jika urusniaga itu jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang pelabur dan diberikan pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal boleh diambil semula, ia BOLEH menyalahi undang-undang.


 

Untuk keterangan lanjut & nasihat mengenai pelaburan emas fizikal MyeGoldDinar hubungi talian 019-6862197 atau email butiran anda (nama penuh, kad pengenalan, alamat, tel/hp, email, pilihan emas fizikal, no. akaun Maybank/Public Bank utk tujuan komisyen) myegolddinar@gmail.com atau mustadzajmg@gmail.com

Wednesday, September 14, 2011

Pelaburan Emas Fizikal Public Gold Di Berita TV9

Harga Emas 1g Semasa

Harga Jewellery 1g 916 & 999 Semasa

Keratan Akhbar BH : "Harga Emas Terus Tinggi"

Kenaikan Peratusan Harga Emas Setahun Sehingga 13/9/2011

Thursday, September 8, 2011

Promosi Hebat Jewellery i-Series Sah September 2011

Carta Kenaikan Peratus (%) Emas Semasa (8/9/2011)

Peratus keuntungan % kenaikan Emas


Emas fizikal elak dari manipulasi terhadap nilai RM anda

11 Tips : Kenapa Saya Memilih Utk Membeli Emas MyeGoldDinar Public Gold

Pelaburan Emas tidak merugikan dlm tempoh panjang tapi menguntungkan apabila anda jadi Dealer
Byk syarikat dan kedai emas, bank2 dan sbgainya yg menjual emas keluaran mereka sendiri, tp mengapa sy memilih utk membeli emas MyeGoldDinar Public Gold?

Di sini MyeGoldDinar akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan utk penilaian anda sendiri, yg mana lebih menguntungkan.

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 4-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka akn mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akn mengenakan caj tambahan yg sgt tinggi, cth di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas. Cth PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sdgkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 utk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas emas yg dibeli dgn mereka shj, dan takkan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG ttp membelinya semula krn mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dgn bank dan kedai emas yg mengupah kpd syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupn ketika byran dibuat harganya telah berubah. Cth skrg ini harganya rendah, sy terus lock dan tiba2 pd waktu ptg harganya melonjak tggi. Katakan sy buat byran esok, sy ttp membyr dgn harga yg sy lock smlm.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda x boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.5% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 15hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan x berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

7. PG menawarkan peluang perniagaan kpd anda. Dgn menjadi dealer anda akn dpt 1.0%-2.0% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bwh anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM500k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer, yg mana anda akan dpt komisyen tambahan 0.5% drpd belian delaer2 di bwh anda.

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve. Anda x boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.

10. Emas PG mudah utk dicagarkan dan takkan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak? 
 
11. PG menawarkan jualan i-Series jewellery tanpa kos upah dan buy back hanya 10% sahaja. sememangnya harga buy paling menarik berbanding kedai-kedai emas (20%-30%) diluar sana. Disamping turut menawarkan jualan pelbagai barang hiasan yang cantik-cantik dan berbaloi-baloi. Ini hanya tawaran kpd dealer-dealer.
"Rebutlah peluang KEEMASAN yang sangat bernilai lagi menguntungkan"
Sumber http://www.pelaburjutawan.com

Wednesday, September 7, 2011

Seminar Pelaburan Emas Seluruh Malaysia

MyeGoldDinar
Ramai berpusu-pusu nak dengar "Seminar Pelaburan Emas"
         JADUAL SEMINAR
  • 6 Sept 2011 - 8.30mlm Public Gold Ipoh
  • 7 Sept 2011 - 8.30mlm Public Gold Bishop Penang
  • 8 Sept 2011 - 8.30mlm Public Gold Sg Petani Kedah
  • 10 Sept 2011- 8.30mlm Hotel Shangri La (Jln Bandaran) Kota Kinabalu
  • 12 Sept 2011-8.30mlm Public Gold Sunway
  • 13 Sept 2011- 8.30mlm Public Gold Senawang,Seremban N.Sembilan
  • 21 Sept 2011-8.30mlm Hotel D99, 173,Jln Abdullah,Muar Johor
  • 22 Sept 2011-8.30mlm Public Gold Taman Perling, Johor
  • 28 Sept 2011-8.30mlm Public Gold Kuantan, Pahang
  • 29 Sept 2011 -8.30mlm Public Gold Kuala Terengganu
  • 30 Sept 2011- 8.30mlm Public Gold Kota Bharu

untuk datang ke seminar boleh sms : SEMINAR- Nama, Tarikh, Tempat Seminar, Peserta kepada 019-6862197 atau 010-2990568
Contoh : taip SEMINAR - Mohd Azmi & Kamil, 8 Sept, Public Gold Sg. Petani , Utk 2 org

Tuesday, September 6, 2011

Harga Semasa FGJAM Sept 2011


Terbukti!! harga emas semasa meningkat. Cuba anda lihat carta imej harga emas FGJAM diatas yang digunakan dan panduan oleh Tokey-tokey kedai emas Malaysia. Harga ini sesuai untuk semua bentuk emas asalkan ketulenannya sahih. Tetapi MyeGoldDinar tertarik sangat dengan emas 999 & 916. Semoga panduan harga emas ini membantu kita tingkatkan pelaburan RM kepada GOLD yang sifar inflasi dan jaminan ZERO susut nilai. Bersama-samalah dengan Rangkaian MyeGoldDinar untuk menambah sumber pendapatan melalui RAKAN NIAGA EMAS MyeGoldDinar (019-6862197/010-2990568) atau email maklumat anda (nama penuh, no.tel hp, alamat tetap, no.ic, email, cadangan fizikal emas) ke myegolddinar@gmail.com. Komisyen 1% setiap pembelian akan dimasukkan kedlm akan bank (Public Bank & Maybank shj) pada 20hb berikutnya (Ingat!! keuntungan jualan tidak termasuk). 

Sunday, August 7, 2011

Harga Semasa FGJAM 8/8/2011


Koleksi Jualan Barang Kemas MyeGoldDinar PJ















Jika berminat untuk tempahan dan membeli boleh hubungi talian/sms MyeGoldDinar (019-6862197 @ 017-4063270) atau email : mustadzajmg@gmail.com. Pembelian mengikut harga semasa dan boleh lock price 24 jam. Stok boleh diperolehi dicawangan MyeGoldDinar PG (A1223) di Seremban (Senawang), Sg. Petani, Penang, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Sunway, Shah Alam, Alor Setar, Taman Perling (JB) & Kuching. Contoh sms nama penuh, No. IC (Resit), No. Tel H/P, jenis perhiasan, kuantiti, lokasi/alamat, saiz cadangan & cadangan pengambilan stok terhampir. Untuk lima puluh (50) pelanggan terawal akan diberi tawaran diskaun.

Monday, July 11, 2011

PERBANDINGAN DUIT RM vs EMAS/DINAR

Keterangan lanjut sila hubungi talian hotline MyeGoldDinar 019-6862197 @ SMS melalui BB Pin 21C7F25D @ email : mustadzajmg@gmail.com. Jom pakat sandarkan simpanan RM anda kpd EMAS/DINAR/DIRHAM/JONGKONG PERAK yang terjamin nilai susutnya. MyeGoldDinar sedia memberi rundingan secara percuma dalam pembelian dan tempahan jongkong emas/dinar/dirham/jongkong perak dll.

Saranan Penggunaan Dinar Emas Tahun 2011

Keratan Akhbar 9 Julai 2011 (BERNAMA)
Produk Public Dinar (MyeGoldDinar)
Dalam keadaan sibuk dengan perhimpunan BERSIH, tiba-tiba ada keluaran keratan akhbar mengenai saranan menggunakan DINAR EMAS. Jom pakat kita menyimpan sambil menabung menggunakan DINAR EMAS 916. Rangkaian MyeGoldDinar ada menjalankan urusan tempahan dan pembelian DINAR 916 PG. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian hotline 019-6862197 @ PIN BB 21C7F25D @ email : mustadzajmg@gmail.com. MyeGoldDinar turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran AGEN PUBLIC DINAR, Taklimat Mengenai Pelaburan Emas & Kelebihan, Nasihat Urusan Ar-Rahnu (Pajak-Gadai Islam), Jualan & Belian Emas/Dinar/Dirham dll.

Friday, July 8, 2011

Harga Emas RM202.57 Segram


pix_gal0


Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan. “Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.
Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas. “Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya. Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya. Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya. Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos. Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.

Sumber : Berita Harian Oleh Mahanum Abdul Aziz 8/7/2011

Saturday, July 2, 2011

Promosi Hebat Bersama Rangkaian MyeGoldDinar Sah Julai-Ogos 2011

Modal 15K Layak Digelar Tokey Barang Kemas MyeGoldDinar (PG)
Jika anda ingin menambahkan sumber pendapatan anda melalui pelaburan emas sertailah Rangkaian MyeGoldDinar yang menjamin nilai kewangan anda dan terus meningkat pada masa depan. Dengan bermodalkan 15K anda sudah boleh bergelar TOKEY EMAS. Banyak kelebihan apabila menyertai rangkaian kami iaitu terima komisyen (1-2%) tidak termasuk jualan harga semasa emas, latihan percuma, pembelian secara ansur (EPP), pembelian online 24 jam, keuntungan emas fizikal sehingga 28%-40% setahun,  dan macam-macam lagi kelebihannya. Untuk keterangan lanjut anda boleh email maklumat anda kepada mustadzajmg@gmail.com atau PIN BB 21C7F25D atau sms/call 019-6862197 spt nama penuh, no. ic, email, no. akaun Public Bank (komisyen), alamat, cadangan pembelian emas. Jom pakat melabur sumber kewangan emas. "1 Emas, 1 Dinar, 1 Keluarga". JOIN MyeGoldDinar (Borang Daftar).

Gold Prices Up 2200% in 77 Years On The Growing Demand

Gold prices has increase from $35 in 1934 to $1512 an once in June, 2011. Gold is the most important monetary currency throughout  the world's history.

Gold is measured in troy ounces and the price of gold prices are stated in terms of the cost of one ounce. One ounce is equivalent to 31.1 grams or .07 pounds. Historically, the United States has fixed the price of gold.
The price of an ounce of gold was fixed at $20.67 for many decades until 1934 at which point the price was raised to $35.00. In 1975 the price of gold was allowed to fluctuate.
 
Produk 999 MyeGoldDinar (PG) 10g, 20g, 50g, 100g & 250g
The U.S. has the biggest gold reserve with 9,301 tons, followed by Germany 3,412 tons , Italy  2,452 tons , France 2,437 tons, China, 1,200 tons, Switzerland 1,055 tons,  Russia, 776 tons, Japan, 765 tons and Netherlands 675 tons.

Chinese official has a big strategy of internationalizing the Yuan by increasing gold reserves Chinese gold reserves need to be at 9,302 tons to surpass U.S., reserves.  If China by the gold to match the U.S. gold prices will be at $ 2000 an once at no time.

Albanian Minerals President and CEO  Sahit Muja said  "On the supply side,  the miners may need to bring more gold to meet increasing market demand". The reasons why gold is precious is its rarity. Gold is hard to find, and hard mine .

The gold extracting from the earth presents its own challenges and is very expensive. Albanian Minerals President Sahit Muja said   "I have seen a massive gold production increase in 20 years driven by the growing demand mining industry may not be able to keep up with growing demand"
 
Read more:http://www.prlog.org/11565218-gold-prices-up-2200-in-77-years-on-the-growing-demand.html

Thursday, June 2, 2011

Nilai Emas Dari Perspektif Islam

Saya ada terbaca beberapa topik berkenaan emas. Sebenarnya banyak perkara mengenai emas yang perlu kita peka dan ambil tahu.
Saya akan cuba fahamkan anda mengenai kepentingan emas dari sudut Islam.
“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)
“Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…” (Surah Yusuf:20)
Selain dari petikan surah-surah di atas, ada beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW seperti berikut:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)
Jelas sekali jika kita lihat daripada laporan Abu Bakar Ibn Abi Maryam itu apabila Rasulullah SAW sendiri bersabda mengenai kepentingan emas sehingga ke akhir zaman.
 



Selain daripada itu, Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika itu ia agak baru dan di pandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Adakah nilai matawang Ringgit Malaysia akan susut? Nilai mata wang sememangnya ada naik dan turun. Jadi itu perkara biasa. Namun sekarang jika diperhatikan secara kasar, duit RM50 itu umpama RM10 sahaja jika kita membuat jual beli. Semalam, saya nak pecahkan duit RM50 sebab nak beli kuih kat pasar malam. Saya ambik inisiatif untuk beli sedikit barang di kedai runcit. Saya beli,4 berus gigi, satu bedak, satu deodorant dan satu ubat gigi. Kena la RM46. Bakinya cuma RM4 sahaja. Terkejut saya kerana barang satu beg plastic kecil sahaja, tetapi hampir RM50 saya belanjakan.
Apabila kita lihat harga emas sekarang pula, jelas menunjukkan ia jarang-jarang sahaja turun dan sentiasa naik. Sekarang orang banyak mencuba untuk membuat pelaburan emas. Setelah membaca beberapa artikel mengenai emas dan matawang ni, saya dapati matawang merupakan satu nilai yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah Negara di atas satu keping kertas yang digunakan untuk menukar barang. Nilai matawang bergantung kepada sesebuah Negara itu. 

Friday, May 6, 2011

Jadual Seminar Kepentingan Pelaburan Emas Bulan Mei 2011!


Hari
Masa
Tajuk
Negeri
Tempat
Jumaat
6/5/2011
.
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Johor Bharu, Johor
Public Gold JB
45A&B Jalan Persisiran Perling, Tmn Perling JB. (sebelah Maybank, 7-Eleven Taman Perling)
Selasa
10/5/2011
.
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Sg Petani, Kedah
Public Gold Sungai Petani,
No. 86B, Tingkat 1, Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. (sebelah Public Bank)
Rabu
11/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Pulau Pinang
Public Gold Bishop
No. 84 Lebuh Bishop
10200 Penang Malaysia.
Khamis
12/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Ipoh, Perak
Public Gold Ipoh
No. 45A, Jalan Yang Kalsom, Ipoh (opposite Public Bank)
Sabtu
14/5/2011
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Sunway,
Selangor
Public Gold Seminar Hall (atas kedai tayar)
16-1A, Jalan PJS 8/6
Sunway Mentari Plaza
46150 Petaling Jaya
Rabu
18/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Seremban, Negeri Sembilan
Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jln Sg. Ujong, Seremban
Sabtu
21/5/2011
3.00 PM– 5.00 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kota Kinabalu, Sabah
Hotel Shangri-la
75 Bandaran Berjaya
Kota Kinabalu
Rabu
25/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kuantan, Pahang.
Public Gold Office
A-6624, Tingkat 1 dan 2, Jalan Berserah 25250 Kuantan Pahang (sebelah Maybank)
Khamis
26/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kuala Terengganu
Public Gold Office 16A, Tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (sebelah KFC).
Jumaat
27/5/2011
4 petang – 6 petang(lepas solat Jumaat)
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kota Bharu
Public Gold Kota Bharu
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan (sebelah Public Bank)


Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + Rahsia perniagaan emas (tokey emas), anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada Educate Gold For People. Matlamat Rangkaian MyeGoldDinar mahu setiap orang yang datang ke seminar ini menjadi Celik emas (Penceramah : POKLI).Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas....

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke MyeGoldDinar : 019-6862197 butiran-butiran berikut:

1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh (Introducer:  Mustadza MyeGoldDinar- A1223)
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Ahmad bin Abu (Introducer: Mustadza MyeGoldDinar- A1223), 27/5/2011, Kota Bharu.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Faizan Dasuki 2. Azman Baruti, 3. Afzanizan Abdullah faizan, 4. Faeez Mazlan (Introducer: Mustadza MyeGoldDinar- A1223), 27/5/2011. Kota Bharu

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini......dan asas2 skill manipulasi stok emas yang anda dah miliki....

Monday, April 18, 2011

Optimistik Membeli Emas 999 & 916

Harga emas terus naik....ramai hubungi MyeGoldDinar  bertanya kenapa harga emas naik....ada jugak orang call MyeGoldDinar bila harga emas akan turun...dan ada jugak yg tanya...bulan 6-7 nie adakah emas akan turun macam tahun-2 lepas....Nasihat MyeGoldDinar satu saja kepada mereka..jawapan yang sama...
 
Jika anda tahu apa yg mengerakkan harga emas...anda akan tahu bila harga emas akan turun...
pada pandangan saya...buat masa ini EMAS akan terus naik..sebab ada banyak penyebab harga EMAS naik..dan sekarang semakin serius kenaikannya...

Ramai orang jual emas mereka sebab nak kaut untung...seronok betul mereka...ada yang jual sampai 500 gram...tapi adakah dia akan dapat beli emas yg sama pada bulan depan atau tahun depan? Entahlah..semacam tahu atau tidak, sebab HARGA EMAS SEKARANG LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS PADA TAHUN HADAPAN, HARGA EMAS SEKARANG LEBIH MAHAL DARI HARGA EMAS TAHUN LEPAS....fikir-fikirlah dari nasihat MyeGoldDinar (019-6862197)

Saturday, April 16, 2011

Harga Emas FGJAM Dah Naik!!

Alhamdulillah,

Bermula semalam harga emas di kedai2 emas dah naik selaras dengan kenaikan yang di tentukan oleh FGJAM (Federal Of Goldsmith And Jewellery Association).


Kebiasaannya, tak lama lagi nilai marhun Ar-Rahnu di Agro Bank pun akan naik juga. Selamat memajak ya!

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews