Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Saya Perlu Kepada Pelaburan Emas? Dan Pemilihannya

Pelaburan Emas Fizikal
Saya seringkali ditanya dengan soalan ini terutamanya daripada individu yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan Emas & Perak. Saya akui, ketika saya bermula dulu saya membeli semua jenis emas dengan tujuan ingin memiliki semua jenis bentuk dan berat yang ada.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman setelah setahun saya melibatkan diri secara separuh masa dalam bidang pelaburan ini, saya dapati bahawa pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya, dan faktor-faktor ini pula semestinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain.

Jenis - jenis produk pelaburan MyeGoldDinar Public Gold, berat dan cadangan penggunaannya :

EMAS

1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.

Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan
(Mid Term) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan Abu mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit rumah barunya dalam masa 2 tahun lagi, maka Abu menggunakan wang tersebut untuk membeli Gold Bar seberat 20g x 2 = RM8,000 dan 10g x 1 RM2,000.

Beliau memilih untuk membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaj untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.

 
2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.


Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, saya mengibaratkan Dinar ini adalah sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding saya hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik saya menukarkan kesemuanya kepada Emas 1 Dinar.

Pada bila2 masa sekiranya saya memerlukan tunai, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang saya perlukan sahaja, dan pada bila2 masa saya mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka saya akan menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, saya bukan sahaja menyimpan, bahkan saya juga membuat pelaburan walaupun jumlahnya hanya serendah RM700 - RM800, tetapi simpanan saya tetap berganda dari masa ke semasa apabila saya menukarkannya kepada tunai kelak.

3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.

Produk ranatai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana2 Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan.

Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini secara tidak langsung akan menggandakan jumlah emas yang anda miliki.
PERAK

1- Perak Bar 999.9 ~ 250g, 500g dan 1000g (1 kg)

Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.

Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 5% setahun, jika 5 tahun baru 25%.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja, dan cadangan ini hanya sekiranya anda ingin menjadi seorang Pelabur Emas & Perak. Sebagai seorang Pelabur, turun naik harga semasa tidak banyak mempengaruhinya kerana setiap pelaburan yang dibuat mempunyai matlamat yang jelas dan apa yang paling penting bagi seorang pelabur adalah mengenalpasti waktu bila mereka perlu JUAL, bukannya waktu bila mereka patut BELI. 
sumber : pelaburjutawan

Tuesday, September 27, 2011

Kenyataan Berhubung Pelaburan Emas dari BNM


Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,  kita dimaklumkan bahawa mengenai dua (2) perkara penting mengenai perniagaan emas dan perak serta skim pelaburan emas:

1. Urusniaga emas dan perak BUKAN di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.   (bermaksud, perniagaan emas dan perak tidak memerlukan sebarang kebenaran
@ kelulusan daripada BNM, jadi sesiapa sahaja bebas berniaga emas dan perak)



2. Bagaimana pun jika urusniaga itu jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang pelabur dan diberikan pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal boleh diambil semula, ia BOLEH menyalahi undang-undang.


 

Untuk keterangan lanjut & nasihat mengenai pelaburan emas fizikal MyeGoldDinar hubungi talian 019-6862197 atau email butiran anda (nama penuh, kad pengenalan, alamat, tel/hp, email, pilihan emas fizikal, no. akaun Maybank/Public Bank utk tujuan komisyen) myegolddinar@gmail.com atau mustadzajmg@gmail.com

Wednesday, September 14, 2011

Pelaburan Emas Fizikal Public Gold Di Berita TV9

Harga Emas 1g Semasa

Harga Jewellery 1g 916 & 999 Semasa

Keratan Akhbar BH : "Harga Emas Terus Tinggi"

Kenaikan Peratusan Harga Emas Setahun Sehingga 13/9/2011

Thursday, September 8, 2011

Promosi Hebat Jewellery i-Series Sah September 2011

Carta Kenaikan Peratus (%) Emas Semasa (8/9/2011)

Peratus keuntungan % kenaikan Emas


Emas fizikal elak dari manipulasi terhadap nilai RM anda

11 Tips : Kenapa Saya Memilih Utk Membeli Emas MyeGoldDinar Public Gold

Pelaburan Emas tidak merugikan dlm tempoh panjang tapi menguntungkan apabila anda jadi Dealer
Byk syarikat dan kedai emas, bank2 dan sbgainya yg menjual emas keluaran mereka sendiri, tp mengapa sy memilih utk membeli emas MyeGoldDinar Public Gold?

Di sini MyeGoldDinar akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan utk penilaian anda sendiri, yg mana lebih menguntungkan.

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 4-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka akn mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akn mengenakan caj tambahan yg sgt tinggi, cth di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas. Cth PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sdgkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 utk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas emas yg dibeli dgn mereka shj, dan takkan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG ttp membelinya semula krn mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dgn bank dan kedai emas yg mengupah kpd syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupn ketika byran dibuat harganya telah berubah. Cth skrg ini harganya rendah, sy terus lock dan tiba2 pd waktu ptg harganya melonjak tggi. Katakan sy buat byran esok, sy ttp membyr dgn harga yg sy lock smlm.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda x boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.5% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 15hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan x berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

7. PG menawarkan peluang perniagaan kpd anda. Dgn menjadi dealer anda akn dpt 1.0%-2.0% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bwh anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM500k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer, yg mana anda akan dpt komisyen tambahan 0.5% drpd belian delaer2 di bwh anda.

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve. Anda x boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.

10. Emas PG mudah utk dicagarkan dan takkan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak? 
 
11. PG menawarkan jualan i-Series jewellery tanpa kos upah dan buy back hanya 10% sahaja. sememangnya harga buy paling menarik berbanding kedai-kedai emas (20%-30%) diluar sana. Disamping turut menawarkan jualan pelbagai barang hiasan yang cantik-cantik dan berbaloi-baloi. Ini hanya tawaran kpd dealer-dealer.
"Rebutlah peluang KEEMASAN yang sangat bernilai lagi menguntungkan"
Sumber http://www.pelaburjutawan.com

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews