Saturday, January 22, 2011
Membuat Keuntungan Dengan Emas Fizikal (Teknik Manipulasi Ar-Rahnu)
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.
Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.
Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja.
Bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA (Public Bank) atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat.
.
Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
Teknik ini lagi best....
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
.
Wednesday, January 12, 2011
Rahsia Emas Public Gold Di Berita TV1
Rancangan TV1 RTM mengenai Public Gold
Bukan itu saja, Rasulullah SAW sendiri bersabda " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) [musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal]. Jadi, sudah tentu jaminan bahawa EMAS adalah pelindungan kewangan sebenar dan pelaburan yang tepat lagi munasabah. Sejak zaman dahulu lagi pengunaan matawang emas atau dinar atau dirham digunakan untuk urusan niaga. Tiada sejarah islam membuktikan kadar INFLASI pada ketika itu adalah sangat tinggi berbanding hari ini. Sebagai contoh mudah, perbandingan harga nasi lemak dulu dan harga nasi lemak kini. Sudah pastinya mahal. Itulah INFLASI. Gaji orang dulu mampu memiliki sebidang tanah tapi gaji hari ini pasti belum tentu dapat beli sebidang tanah. Menurut sumber kajian berkenaan gaji penduduk di Malaysia bahawa gaji RM3000.00 dikawasan bandar adalah bertaraf miskin. Itu juga dipanggil INFLASI. Maka, persoalan yang timbul dimana kehebatan nilai RM yang dipakai selama ini oleh kita semua. Fikir-fikirlah...
Sebaliknya pemilik dan pembeli atau pelabur EMAS tidak akan mengalami INFLASI. Kalau zaman Rasulullah SAW 1 dinar bersamaan harga seekor kambing, tapi hari ini 1 dinar bersamaan RM649 (harga 13/1/2011) masih sama dgn harga seekor kambing hari ini. Jadi, tidak wujud situasi INFLASI disini atau dikenali ZERO INFLASI. Setiap tahun negara kita akan mengalami kadar inflasi 3%-4%. Jadi, jangan lupa istilah inflasi ini. Sebab itulah, saban hari kita kata nilai gaji hari ini tak cukup-cukup kerana perompak-perompak (spekulasi) diluar sana yang mengintai untuk merompak nilai wang kita tanpa disedari.
Tidak ada negeri didalam DUNIA ini boleh mengawal harga EMAS. Kerana EMAS adalah harga komoditi mengikut piawaian antarabangsa. Faktor permintaan dan penawaran menjadikan harga EMAS sentiasa dalam keadaan paling stabil. EMAS adalah sangat sesuai dijadikan aset kekayaan sebenar dan tidak luput walaupun berubah zaman asalkan ketulenan dan berat mengikut standard EMAS sebenar. Kenaikan peratus EMAS bagi 1 tahun utk tahun 2010 ialah 29.66% atau 30%.
Digalakkan kepada yang tidak pernah membeli emas (bukan perhiasan) maka dicadangkan berjinak-jinak terlebih dahulu dengan membeli setiap bulan 1 dinar (4.25g, 916). Dan apabila cukup setahun anda boleh buat penilaian harga emas awal tahun hingga akhir tahun. Kemudian anda boleh membuat keputusan menjualkan kesemua EMAS tersebut atau PAJAKKAN @ AR-RAHNU EMAS berkenaan untuk mendapat keuntungan yang berlipatganda, insyallah pasti berjaya.
Monday, January 10, 2011
Ramalan Harga Emas Tahun 2011
22 Disember 2010: NEW YORK (Commodity Online): Pada setiap penghujung tahun, ini adalah masa untuk semua komiditi membuat ramalan tidak ketinggalan ramalan untuk emas. Sebagai harga penutup untuk emas pada tahun ini, 2010, banyak ramalan yang telah dikeluarkan oleh komoditi-komoditi emas. Ada diantara mereka menyasarkan harga emas akan menaik antara $1500 per ounce sehingga $2000 per ounce. Apa yang pasti harga emas akan merempit dan melonjak lagi pada tahun 2011.
Diantara ramalan harga emas yang telah dibuat oleh komiditi-komoditi emas terkemuka untuk tahun 2011:
Harga Emas diramalkan akan berada pada $ 1,800 per ounce pada tahun 2011 jika Dolar AS semakin kukuh, mencetuskan perang mata wang segar di Pasifik yang pasti tekanan akan tertumpu kepada China dan pelabur pula akan beralih ke pelaburan emas yang lebih stabil secara tidak langsung akan melonjak emas kepada $ 1800 per ounce.
Kaji selidik yang dijalankan ke atas 44 pelabur dan eksekutif perlombongan emas yang dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers’s Canadian Mining Group anggaran kenaikan emas sekitar $ 1500 per ounce untuk 2011.
Apakah anggaran rata-rata $ 1,500 dalam 2011.
Telah menetapkan sasaran emas selama 12-bulan yang akan datang kepada $ 1690 per ounce.
Berikutan kebimbangan inflasi meningkat, harga emas dijangka akan melonjak ke £ 1,600 pada tahun 2011 dan mencapai $ 2,000 pada akhir 2012.
Ini telah meningkatkan rata-rata anggaran sebelumnya 2.011 emas sebesar $ 35 sampai $ 1459, naik dari $ 1.424 pada bulan November.
Oleh yang demikian, ambillah peluang yang ada sekarang untuk menambah stok emas yang sedia ada berasaskan ramalan harga emas yang telah dibuat oleh pelabur, pembaca, penjual bullion dan kerajaan sejak beberapa minggu terakhir ini.
0139879191(Kota Bharu, Kota Kinabalu)
Sunday, January 9, 2011
Harga USD Vs RM & Kaitan Dgn Harga Emas

1. Pengaruh kejatuhan/pengukuhan USD dalam kenaikan/penurunan emas
http://www.auraurum.com/
Saturday, January 8, 2011
China Encourages Silver Bullion For Investment
Friday, January 7, 2011
Harga Emas Dunia Bakal Mencecah Paras AS$1,500 (RM4,650) Satu Auns

sarah.rohim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.
''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.
KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN
1 Year Gold Price Chart




