Tuesday, December 14, 2010

MENGALIRKAN DINAR DAN DIRHAM


Kejatuhan dolar USD yang melawan arus kenaikan emas


1- Kalau setiap rumah memiliki sekeping dinar dan sepuluh keping dirham dan menggunakannya dalam muamalat seharian. Sementara pekedai-pekedai Islam bersedia menerima dirham dan dinar sudah tentu pengaliran dinar dan dirham akan mengalir dengan deras. Dinar adalah emas sementara dirham adalah perak. Kedua-dua logam ini sentiasa bernilai dalaman tersendiri.

2- Pengaliran Dinar dan Dirham dalam muamalah Islam, digeruni oleh pengamal sistem kewangan hari ini, terutamanya Amerika Syarikat. Mereka kini telah dikelilingi oleh hutang piutang yang sudah tidak mampu dibayar, sehingga mereka menyekat dolar-dolar US di luar Negara jangan masuk semula ke dalam Negara mereka, bagi mencegah berlakunya hyperinflasi. Hyperinflasi akan menyebabkan Amerika Syarikat akan bankrap, seperti berlakunya di Negara Zimbawei pada hari ini.

3- Amerika Syarikat tidak akan mampu bangkit lagi sekiranya sistem kewangan hari ini berubah dari fiat Money kepada Dinar dan Dirham. Negara-negara Islam dahulu mengamalkan Dinar dan Dirham. Amerikalah yang mengutip emas-emas dari Negara-negara Islam dan ditukarkannya kepada note money. Mereka ambil emas, kita ambil kertas yang diberi nilai. Siapa cerdik!!!!!!!

4- Kini disaat Amerika menghadapi krisis ekonomi yang teruk, pengangguran, dan hutang yang banyak pun, jiwa hamba Negara-negara Islam tetap terus menghantar real material seperti getah dan minyak mentah. Mereka hanya menulis sekeping kertas yang diberi nilai senilai material yang kita berikan. Siapa cerdik!!!!!! Dan siapa bo***!!!!!!

5- Bank-bank mereka terutamanya switzland menyimpan emas sementara bank-bank kita menyimpan kertas yang diperakukan nilainya. Siapa yang beri nilai pun tidak pasti. Dulu wang dikeluarkan berdasarkan rezab Emas, sekarang tidak lagi.

6- Wang boleh dikeluarkan sesuka hati tanpa sandaran apa-apa benda. Tidak ada satu kuasa pun yang boleh menghalang pengeluaran wang oleh pihak kerajaan. Tidakkah Hyperinflasi bila-bila boleh berlaku kepada negara-negara yang mengamalkan sistem ini.

7-Kalau anda menyimpan wang wang kertas dalam bank atau menyimpan “angka” dalam buku bank anda, berlaku kerisis ekonomi sehingga nilai ringgit jatuh nilainya. Sementara wang kertas memang akan susut nilai 4% setahun. Siapakah yang rugi!!!!.

8- Bayangkan pula kalau wang-wang kertas tersebut ditukar dalam bentuk emas. Ekonomi jatuhkah, emas yang akan terus bernilai. Tidakkah pihak lain boleh menentukan, menaik dan menjatuhkan nilai ringgit kita. Emas pula memang sentiasa tinggi. Untung tak!!!!!!

9- Sistem Dinar dan Dirham adalah sistem menyimpan emas dan perak. Sistem yang diamalkan oleh Rasulullah, begitu juga diperkemas zaman Umar dan khalifah sesudahnya, sampailah kepada negara-negara Islam mengamalkannya. Nilai 1 Dinar zaman Rasul boleh membeli seekor kambing. Nilai 1 Dinar juga boleh membeli seekor kambing pada hari ini. Ertinya kuasa belinya sama. Lihat pula seringgit Malaysia sepuluh tahun dahulu adakah sama kuasa belinya dengan seringgit Malaysia pada hari ini. Tidakkah sistem ini dapat melindungi kekayaan kita.

10- Kalau anda meenyokong Sunnah Nabi, anda tentunya menyokong sistem Islam tentunya anda menyokong Dinar dan Dirham. Dan kalau anda menyokong Dinar dan Dirham, mesti mulakan sekarang. Beli dinar, beli dirham. Tukar wang anda dalam bentuk dirham dan dinar, emas dan perak. Apa pun “brand” nya, Dinar itu emas bernilai dan nilainya akan naik. Begitu juga perak bernilai dan kini nilainya meningkat.

11- Untuk cepat mengalirnya Dinar dan Dirham dalam muamalah kita, kedai-kedai orang Islam mesti memulakan membeli satu jumlah Dinar dan Dirham untuk jadi tukaran,mengiklankan “Kami menerima Dinar dan Emas” . Dinar dan Dirham yang terkumpul dialirkan kepada pendokong-pendokong Dinar dan Dirham. Jadi Dinar dan Dirham bukan sekadar untuk disimpan, tapi bergerak dan mengalir dan berpusing dalam muamalah kita. Anda sebagai penyokong hendaklah menukarkan wang anda dalam bentuk Dinar dan Dirham, seterusnya menggunakannya dalam urusan jual beli.

12- Saya bersedia membekalkan dinar dan dirham, emas dan perak kepada anda. Hubungi saya

http://emas-amsyiq.blogspot.com/


MyeGoldDinar
0196862197

CELIK EMAS - DEALER @ TOKEY EMAS TERLATIH

Promosi Nak jadi Dealer Public Gold


Sebahagian tokey emas Public Gold berdaftar

Alhamdulillah.....akhirnya jadi jugak tokey emas terlatih. 2 jam dengar talk sahaja dah jadi tokey emas. Memang mudah dan murah...bayar RM10 ringgit je. Semangat berkobar2 dikalangan dealer-dealer yg hadir. Ada yang dah buat target RM 300,000.00 personal sales sebelum masuk tahun 2011. Insyallah, tiada yg mustahil yg mana 9/10 rezeki datang dari business...betul tak?. Tak jual pun untung, jual lagi untung. Itulah emas sumber kalis inflasi dan kekayaan sebenar. Kepada bakal-bakal atau yang bercita2 nak jadi dealer 20K segeralah bertindak sekarang kerana ada tempoh 2 minggu lagi. Yang pasti dealer-dealer 2010 lebih senyum lebar berbanding bakal dealer-dealer tahun 2011. Nak tahu cepat2 joint dealer Public Gold tahun 2010....Jika berminat sila hubungi MyeGoldDinar :0196862197

STOK 1 DINAR, 1 DINAR MUSLIM, 3 SET 1/4 Oz KIJANG EMAS & 5 DINAR


7 keping 1 Dinar 4.25g 916 (ada stok)


1 keping 5 Dinar 21.25g 916 (last stok)


1 keping 1 Dinar Muslim 4.25g 916 (last stok)


3 keping 1/4 oz 7.78g (999) (ada stok)

Jual-jual...Stok yang baru sampai kepada yg berminat sila hubungi hotline MyeGoldDinar atau sms 0196862197

Monday, December 13, 2010

Terbukti! Kenaikan Emas 5 Tahun



Fakta.....bukan auta....tapi anda tetap tak percaya....tak apa...pilihan ditangan anda apa-apa pun jemput tengok graf...fakta secara percuma...nak tahu info lebih lanjut..sms saja nombor yg tertera...gerenti nanti ada orang akan call dan bantu anda. Salam drpd rangkaian MyeGoldDinar

Sunday, December 12, 2010

Hangat! Jualan Dinar Oh Dinar


Berbaloi-baloi...resit dan duit RM1306.00 utk 2 keping 1 dinar


Client tegar pembeli dinar...tak lama lagi jdlah tokey dinar

Alhamdulillah. Sebentar tadi ada customer beli 2 keping 1 dinar dgn harga terkini 1 dinar RM653. Sebenarnya, client ini memang excited dengan dinar. Kalau boleh nak jadi dealer dinar terulung. Sekarang beliau dah ada 4 keping 1 dinar yg dibeli melalui MyeGoldDinar. Tulah penangan dinar emas 916 dgn berat 4.25g. Tak rugi invest dinar emas ini. Atas nasihat MyeGoldDinar kpd client ini supaya membeli setiap bulan 1 dinar dan apabila cukup tempoh melebihi setahun jualkan kesemua dinar-dinar tu, dah lihat hasilnya. Conform!! keuntungan 28%-35% ditangan sudah didalam gengaman (berdasarkan analisis 1 tahun hingga 15 tahun kebelakangan dan permintaan yg tinggi terhadap emas, rujuk http://www.goldprice.org/gold-price-history.html).
*Nama Client : Norpazli

Saturday, December 11, 2010

Azam Tahun 2011: ASB Ke Emas Fizikal





Kalau pada tahun 2010
Anda hanya menikmati bonus dan dividen dari ASB yang tidak melebihi 10%
Cadangan saya pada anda,cuba pada tahun 2011
Anda melabur dalam instrumen kewangan yang lain.
Yang dapat memberi anda pulangan 20 - 30%
Yang lebih stabil dan diakui hingga akhir zaman.

"Emas"

Anda sendiri tahu bagaimana nilai emas kian meningkat saban tahun.
Tetapi kenapa anda masih menyimpan didalam bentuk wang kertas.
Wang kertas dimamah inflasi
Emas pula kalis inflasi
Terbukti dari zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang.

Cuba pada tahun 2011
Anda membuat kelainan pada diri anda dan mungkin juga keluarga anda.

Tidak pernah memiliki emas,maka pada tahun 2011 adalah tahun anda memilikinya.
Menyimpan emas terbukti tidak pernah rugi dan hanya untung sahaja.
Semakin lama semakin tinggi nilai emas anda
Semakin lama semakin rendah nilai wang anda.
Harga barang tidak meningkat hanya kuasa membeli wang kertas kita sahaja yang jatuh
Emas meningkat dengan kadar yang sama dengan barang harian.

1 ekor kambing = 1 Dinar

Lakukan perubahan dan miliki emas anda.
Kami menjual emas dengan harga yang rendah berbanding lain.

01/01/2011 tarikh penentu anda
Simpan emas atau wang kertas
Pilihan anda?
Sejarah telah membuktikannya
Graf telah menyokongnya


Harga emas selama 10 tahun (412.03%)


Jadual dividen dan bonus ASB selama 18 tahun

rujukan http://www.bulliondinar.com/

KEMPEN BESAR-BESARAN PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM


Dr. Luv sedang memberi motivasi kpd para peserta


Bersalaman dgn Dr. Umar Vadillo Ibrahim


Tarikan peserta kepada produk Public Gold


Tenaga penceramah yg profesional dlm bidang kewangan emas

Menghadiri Seminar “Emas dan dinar sebagai pelindung kekayaan semalam dapat memberi ilmu dan semangat baru kepada para pendokong Emas dan Perak . Beberapa perkara yang menjadi tumpuan seminar:

1- Fiat money (wang kertas) adalah sistem kewangan dunia yang tidak ada sandarannya. Sesebuah Negara boleh mencetak wang sesuka hatinya. Secara jangka panjang ini akan membawa kepada hyperinflasi. Siapakah yang boleh menghalang pencetakan ini.

2- Walaupun sistem fiat money yang dimulakan oleh Amerika dan kekuatannya telah menjunam, tetapi kelemahan dan jiwa hamba negara-negara lain menyebabkan mereka tidak boleh memisahkan diri dari sistem fiat money ini.

3- Sistem Bank merangkumi juga amalan diperbankan Islam akan meneruskan sistem Riba yang diharamkan Allah juga merupakan pengumuman berperang dengan Allah. Pinjam seratus bayar dua ratus tidakkah riba nasiah (riba kerana bertangguh).

4- Sistem ini adalah satu penipuan yang dilakukan kepada rakyat. Rakyat menyimpan satu jumlah tertentu. Bank atau Negara mencetak sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut.

5- Meng”Islamkan” satu sistem yang orientasinya tidak islamik hanyalah penjenamaan istilah sahaja, analoginya seperti “Khinzir” yang cuba dihalalkan dengan sembelihan Syar’ie atau seperti mengislamikkan beer dan sebagainya.

6- Sistem Islami mestilah diamalkan menolak sistem-sistem yang diwujudkan ini. Ia bukan sistem baru. Tapi sistem Islam yang asal.

7- Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak adalah sistem kewangan sejak zaman Rasul s.a.w. Ia sistem Sunni. Penggunaannya dalam muamalah seharian , sewaaan, gadaian, pinjaman bebas dari unsur Riba.

8- Sebagai perbandingan seseorang yang meminjam RM 1,000 . Dalam sistem wang kertas membayarnya RM seratus sebulan selama sepuluh kali, dirasakan merugikan pemberi pinjam. Ini kerana wang kertas susut nilai. Sebaliknya seseorang yang meminjam RM 10 dinar.

Peminjam membayarnya satu dinar- satu dinar sepuluh kali, pemberi pinjam tidak akan merasa kerugian kerana emas semakin lambat dibayar nilainya bertambah.

9- Oleh itu, memiliki Dinar dan dirham bukan sekadar untuk disimpan, tetapi dialirkan dalam muamalah seharian seperti : dalam jual beli, sewa menyewa, pinjaman dan gadaian.

10- Sebagai momentum perubahan saya menyeru premis-premis perniagaan menerima Dinar dan Dirham dalam perniagaan mereka.

Sebagai contoh barangan yang berjumalah RM 40.00 boleh dibayar dengan 2 Dirham, barangan yang bernilai seratus boleh dibayar dengan harga 5 Dirham, barangan yang bernilai RM 200 bolehlah dibayar dengan 10 Dirham dan seterusnya mengikut nilai dirham harian. Begitu jugalah dalam pengamalan dinar.

11. Para peniaga boleh merujuk (Islamic mint.com) dan memaparkan harga dinar dan dirham secara harian kerana nilai dinar dan dirham berubah setiap 12 tengah malam.

Harga Dinar dan Dirham Kelantan untuk 12 Dis 2010 adalah seperti berikut:

Kelantan Dinar & Dirham

1/2 Dinar :: RM 332
1 Dinar :: RM 664
2 Dinar :: RM 1 328
5 Dinar :: RM 3 320
8 Dinar :: RM 5 312


1 Dirham :: RM 20
2 Dirham :: RM 40
5 Dirham :: RM 100
10 Dirham :: RM 200
20 Dirham :: RM 400
(updated 12/12/2010)


Sementara harga Dinar Public Gold berubah setiap 20 minit sekali, maka hendaklah dirujuk setiap kali melakukan muamalah dengannya. Sebagai contoh ketika post ini ditulis seperti berikut:

Dinar We Sell We Buy

1 dinar RM 653.00 RM 614.00
5 dinar RM 3249.00 RM 3070.00
10 dinar RM 6470.00 RM 6147.00
(updated 12/12/2010)

12- Sebagai permulaan saya menyeru setiap rumah sekurang-kurangnya memiliki 1 Dinar dan Dirham yang bernilai sepuluh dirham. Kemudian gunakanlah ia dalam muamalat harian.

12- Perjuangan mengajak kepada penggunaan Dinar dan Perak adalah juga perjuangan menobatkan Syariat, seterusnya menghancurkan sistem kapitalis yang zalim.

rujukan http://emas-amsyiq.blogspot.com/

Mengumumkan MyeGoldDinar menerima dinar dan dirham Kelantan dan dinar Public gold dalam semua urusan jual beli dan bentuk pembayarannya.

MyeGoldDinar - 0196862197 (mus)

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews