Saturday, November 6, 2010

Jadual seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.


Ini jadual seminar Public Gold untuk bulan November 2010 secara percuma. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar kepentingan pelaburan emas masa kini dengan kaedah yang betul oleh En. Syukor Hashim (http://jutawanemas.com).

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu
.
06/11/2010
10.30 pagi – 12.30 tgh

p/s: Malam takde seminar

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Isnin
.
08/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Selasa
.
09/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Perak (Ipoh) Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Rabu
.
10/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Khamis
.
11/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bentong,Pahang Restoran TMK,
P32, Pusat Perniagaan Bentong Maju
Jumaat
.
12/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuantan,Pahang Tempat akan diumumkan kelak.
Sabtu
.
13/11/2010
3.00 petang –5.00 petang Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Ahad
.
14/11/2010
.
(ada 2 sesi)
.p/s: pilih salah satu sesi ajer sebab seminar yang sama.
Sesi I
.
3.00 petang – 5.00 petang
.
Sesi II
.
8.30 malam – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Johor Bahru Public Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
Ahad
.
21/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Isnin
.
22/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Tempat akan dimaklumkan kelak

50 Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial


6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.



11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.


19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.
Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
  • Kekerasan
  • Kekuatan
  • Sifat kelogaman(metallugical)
  • Suhu lebur
  • Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.


26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
  • Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-
  • 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.


32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.
Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.


42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.




sumber: http://www.bulliondinar.com/2010/08/50-fakta-menarik-tentang-emas.html

Tuesday, November 2, 2010

Good News ! Dream Gold Distributor !


Due to good respond and changing of qualification terms and condition for master dealer and dealer beginning of next year. We decided to continue RM20k Promotion Dealer Set until year end 2010!!!

WOW! Kepada yang masih berminat untuk BELI, SIMPAN dan juga BERNIAGA EMAS, anda masih berpeluang...hubungi kami untuk mengetahui bagaimana. Kami di MyeGoldDinar bersedia membantu anda sehingga anda BERJAYA!!

Tawaran ini hanya untuk yang berminat menjadikan emas sebagai sumber pendapatan anda. Kepada yang tidak berminat, kami mengesyorkan anda menjadi penyimpan & pelabur TEGAR emas & perak. Jangan juga lupa untuk menghubungi kami.

Apakah keLEBIHan menjadi Agen MyeGoldDinar Public Gold?

Public Gold Coin 50g 999.9

Kenapa anda mesti memilih Public Gold?

  • Pembeli boleh melabur dalam amaun yang KECIL pada suatu masa. (minimum 20gram bagi emas Public Gold, 1 dinar bagi emas Public Dinar, 250g bagi Public Silver)

  • Terdapat BANYAK cawangan di seluruh Malaysia

  • Ia selamat, kerana dalam bentuk FIZIKAL.

  • Harganya MURAH berbanding kedai emas-kedai emas lain kerana HARGA yang tawarkan adalah mengikut harga emas antarabangsa tanpa caj-caj tambahan yang mengarut.

  • Jaminan membeli semula emas Public Gold walaupun CALAR, BENGKOK, PATAH atau SUMBING (Emas produk lain juga dibeli Public Gold)
  • 'Spread' atau susut nilai antara yang TERENDAH (cuma 5-6%).

  • SISTEM pembelian 24 jam (Anda boleh membeli emas Public Gold pada bila-bila masa).

  • PELBAGAI cara pembelian - online, SMS, telefon cawangan atau ejen.

  • Terdapat RAMAI ejen-ejen/pengedar-pengedar di seluruh Malaysia.

  • TIDAK menganjurkan sebarang skim pelaburan yang menyalahi undang-undang di Malaysia. Public Gold hanya menJUAL dan memBELI emas dan perak sahaja. Keuntungan anda dapat ialah daripada kenaikan harga emas dan keselamatan daripada inflasi.

Admin MyeGoldDinar

-simpan dahulu, senang kemudian-

Monday, November 1, 2010

‘Dolar Seperti Tisu Tandas’– Dr. M

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

(rujukan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm)

Sunday, October 31, 2010

KADAR KENAIKAN HARGA EMAS PG DARI 31 JULAI 2010 HINGGA 1 NOV 2010


KENAIKAN HARGA BERDASARKAN 4 BULAN SHJ
1 DINAR
637-567/567 =12.34%

5 DINAR
3172-2822/2822=12.40%

10 DINAR
6315-5619/5619=12.38%

20 GRAM 3084-2744/2744=12.39%
50 GRAM
7673-6828/6828=12.37%

100 GRAM
15275-13591/13591=12.39%

Monday, October 25, 2010

Pendedahan Berani Rahsia Buat Duit Dengan Emas !!


Hari ini saya akan dedahkan secara eksklusif dan berani bagaimana peniaga dan pemilik emas buat duit dengan emas yang mereka miliki terutama pembeli dan peniaga emas Public Gold.. Rahsia ini cukup eksklusif bagi mereka yang berani dan faham bagaimana sebenarnya emas mampu memberikan pulangan lumayan. Lagi besar kita melabur dengan membeli dan menyimpan emas ..lagi banyak income yang kite perolehi.

Saya kongsikan disini kisah realiti yang sahih lagi benar untuk membuktikan bahawa emas mampu memberikan pulangan yang lumayan pada penjual dan pembeli emas. Kefahaman ini amat penting kerana ramai yang membeli emas ini terikut - ikut trend macam beli saham ataupun main forex...beli ari ni nak untung besok. Dan kadang - kadang bila tengok harga emas dah turun ..dah takut dan seriau..takut rugi. Ingatlah beli dan berniaga emas ini untuk jangka masa panjang..sekurang - kurang setahun.

Kita ikuti kisah benar ini...al kisah....Pada 15 Ogos 2009 seorang pembeli telah membeli 100 gram emas Bar Public Gold dengan harga RM11,322.00..dan pada hari ini beliau telah menjual semula emas itu kepada agen public gold pada harga WE BUY...Harga WE BUY pada hari ini untuk emas Public Gold adalah RM 14088 !.

Oleh itu berapakah keuntungan pembeli A ?. RM14088 - RM11,322.00 = RM2766.0 atau keuntungan 24.4 % setelah menyimpan emas yang dibeli selama 14 bulan. Ini lah kelebihan pembeli dan penyimpan emas...

Apa pula kelebihan peniaga emas ?.

Semasa penjualan dibuat pada 15 Ogos 2009, peniaga emas akan dapat komisyen jualan sebanyak 1.5%, oleh itu berapa dia dapat ?..kite tengok kirala..bang..RM11,322.00 x 1.5% = RM169.83...ini jika dia jual 1 Bar 100 gram ..kalau dia jual 10 bar x 100 gram ?..kire sendiri.... ye...

Bagaimana peniaga menjana untung daripada belian balik ?

Ingat peniaga akan beli balik dengan harga WE BUY..pada masa belian balik dibuat harga WE BUY adalah RM14088.0. Peniaga akan beli balik daripada pelanggan yang nak jualbalik berkenaan. Peniaga akan dapat emas..dan apa peniaga nak buat...untuk buat duit..sudah tentu dia akan jual balik emas yang dibeli tu pada harga...WE SELL !.

Ingat pada masa proses beli balik harga WE BUY dan WE SELL tak sama ..perbezaan ini dipanggil SPREAD..Oleh itu peniaga akan jual pada harga WE SELL ( emas yang dibeli sebentar tadi) kepada PELANGGAN BARU dengan harga WELL SELL pada masa ini adalah..RM14829. Oleh itu keuntungan yang diperolehi adalah RM14829 - RM14088 = RM741.0...(pssstt atas angin untung ma..masyukk).

Ada faham ka ...bagaimana nak buat duit dengan emas ni ?..Semua orang yang jual dan beli dapat untung ma...Sebab itulah saya suka mengajak tuan /puan menjadi agent bisnes emas ini bawah rangkaian saya..sebenarnya ..ada banyak lagi rahsia serta taktik dan startegi perniagaan emas ini....join my group kite kongsi....Modal RM20K sebelum berakhir bulan Oktober 2010.

Ingatlah emas merupakan pelaburan jangka masa panjang ..harga emas turun naik perkara biasa..namun dalam masa SECARA TAHUNAN DIA TETAP NAIK..

Untuk keterangan sila hubungi 019-6862197 (mus)

Ini bukti serta realiti cerita diatas;

Ini dia resit belian pembeli 15 Ogos 2009.

Ini harga yang hari ini...

Ini harga emas PUBLIC GOLD 15 MEI 2009..
Tuan dan Puan tak akan jumpa lagi harga macam ini. Dan harga hari ini tak akan kite jumpa untuk TAHUN HADAPAN..EMAS TETAP NAIK..

ATAS KEYAKINAN INI...ADA DUIT BELI AJE EMAS NI...
Ini stok yang kite beli..beli emas dapat emas...kain pelikat tak jual..ye..
Inilah TIP RAHSIA EMAS: BELI UNTUNG, JUAL UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG DAN SIMPAN EMAS PUN UNTUNG...mana rugi ?.

Yang rugi sebenarnya adalah YANG MASIH TAK BUAT APA - APA apabila dah tahu emas mampu memberikan pulangan lumayan !


"""Kita masing-masing sedang memegang kuali kecil didalam sebuah lombong emas. Setiap kali melihat orang lain bersorak gembira, kita mula mencari dimana silapnya kita, sedangkan dalam masa yang sama kita masih berdiri tanpa berbuat apa-apa...."



Malaysia Negara Makmur...


Terimakasih kepada sifu POKLI dan sifu En Syukor Hashim atas ilmu yang tuan - tuan kongsi..

Pisang Emas Dibawa Belayar
Masak Sebiji Dalam Peti
Hutang Emas Boleh Dibayar
Hutang Budi dan Ilmu DiBawa Mati...

Semuga Allah s.w.t sentiasa merahmati tuan-tuan, rakan - rakan dan semua pelanggan kita dimana jua anda berada..AMIN.
BELI EMAS, SIMPAN EMAS, BINES EMAS..ANDA PASTI TAK LEMAS...

(Ambilan rujukan http://www.perniagaanemas.com)

Saturday, October 23, 2010

Koleksi Sebelum Jual Gold Dinar

Percaya atau tidak percaya? Alhamdulillah, akhirnya jadi tokey emas jugak. Foto diatas sebahagian koleksi emas dinar dan public gold bar yg dimilikki. Jadi, siapa-siapa diluar sana yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya dan jangan segan-segan. Sama-samalah tukar wang simpanan anda kepada emas fizikal yang pasti menguntungkan. Kalau nak cair emas fizikal tu, senang sahaja hanya dengan menjualkannya atau pajakkan (Ar-Rahnu). Satu Dinar Satu Keluarga.

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews