Hari ini dalam sejarah. Pihak MRSM Merbok telah menjemput pihak JMGKPP untuk menghadiri majlis perasmian Program Jejak Warisan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang jam 8.30pagi tadi. Penulis diberi cederamata sebagai tanda perhargaan. Pada tarikh 14 April 2009, penulis telah memberi ceramah berkaitan Geologi Gunung Jerai dan kerjaya geologist. Pada hari ini, penulis telah kajian survey di kawasan sekitaran muzium, terutamanya aspek geologi. Penulis telah menemui batuan granit dan jalur pembentukan pegmatite. Selain itu, penulis dapat melihat banyak kepingan kilat yang terdiri muscovite. Insyaallah akan cuba paparkan pada masa akan datang. Tarikan lain, terdapat kawasan air terjun (minor).Esok, penulis akan ke tapak telaga tok sheikh dan batu kapal (schist/quartzite). bersambung..
Wednesday, April 22, 2009
Program Jejak Warisan Anjuran MRSM Merbok 2009
Sunday, April 5, 2009
Lawatan Kerja JMGKPP Ke Langkawi Geopark 09'
Hari ini hari bersejarah buat warga JMGKPP ke Langkawi Geopark. Seramai 12 peserta dari semua unit JMGKPP. Terdiri 5 orang dari unit SM (Sumber Mineral), 2 orang dari unit GS (Geosains), 3 orang dari unit pentadbiran dan 2 orang unit KUPM (Pengurusan Maklumat). Lawatan ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Di mana penginapan peserta dan pegawai di Langkawi Seaview Hotel (1 km dari Jeti Kuah). Para peserta bertolak dari Jeti Kuala Kedah jam 11.45 pg dan selamat tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi jam 1.30 ptg. Penulis sepatutnya bertolak dari Jeti Kuala Kedah jam 5.30 ptg tapi tak jadi pulak, sebab memikirkan keadaan cuaca pada sebelah petang yang tidak baik sejak kebelakangan ini. Jadi, penulis bertolak bersama dengan staff yang lain jam 11.45 pagi. Berikut adalah aturcara Lawatan Kerja sekitar kawasan Langkawi Geopark :
6 April 2009 (Isnin)
9.00 am : Granit-Penarek
10.00 am : Pasir Hitam
11.00 am : Tanjung Mali
2.00 pm : Pasir Tengkorak
7 April 2009 (Selasa)
9.00 am : Berkumpul di Jeti Kilim
9.15 am : Menaiki bot ke Gua Kelawar
10.00 am : Eagle Watching
10.30 am : Pinakel Kilim
11.00 am : Gua Langsir
11.30 am : Pulau Anak Tikus
12.00 am : Teluk Cina Mati (Tanjung Dendang)
12.30 pm : Gua Cherita
1.30 pm : Bersurai
untuk maklumat terkini perkembangan lawatan ini sila layar blog = http://geoparkjmgkpp09.blogspot.com
6 April 2009 (Isnin)
9.00 am : Granit-Penarek
10.00 am : Pasir Hitam
11.00 am : Tanjung Mali
2.00 pm : Pasir Tengkorak
7 April 2009 (Selasa)
9.00 am : Berkumpul di Jeti Kilim
9.15 am : Menaiki bot ke Gua Kelawar
10.00 am : Eagle Watching
10.30 am : Pinakel Kilim
11.00 am : Gua Langsir
11.30 am : Pulau Anak Tikus
12.00 am : Teluk Cina Mati (Tanjung Dendang)
12.30 pm : Gua Cherita
1.30 pm : Bersurai
untuk maklumat terkini perkembangan lawatan ini sila layar blog = http://geoparkjmgkpp09.blogspot.com
Wednesday, March 4, 2009
Geoheritage : Timah Tasoh Lake & Nakawan Backgroud View
Geoheritage : Shape of KLCC Tower at Utan Aji, Perlis

Serupa tapi tak serupa. Ini pandangan dan interpretasi penulis terhadap bentuk geologi serta adaptasi. Nak jadikan SWG pun boleh, sebagai tarikan. Tapi malangnya masyarakat setempat jadikan kawasan ini tempat pembuangan sampah. Padangan atas geologi menarik tapi bawah ada timbunan sampah-sarap. Geologi kawasan ini terdiri Formasi Kubang Pasu dan Formasi Setul.
Hari Ke-3 : Lubuk Fosil di Utan Aji, Perlis (4/03/09, Jam 2.30pm)
Bacaan GPS : N 06*23.540' E 100* 11.025'. Kawasan kajian berhampiran kawasan penempatan (belakang rumah & bekas kuari). Terdapat banyak penemuan fosil. Geologi kawasan iaitu Formasi Kubang Pasu/Formasi Setul. Terdapat juga Monumen Tabii (sebelum ini) yang berpotensi. Berusia karbon. Kehadiran fosil Posidonia sp. (berbentuk lonjong) dalam syal sememangnya jelas menunjukkan bahawa batuan ini diendapkan dalam laut semasa kira-kira 344 juta tahun yang lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN
1 Year Gold Price Chart
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
Total Pelayar Blog Ini
code goes here