Wednesday, March 4, 2009
Geoheritage : Timah Tasoh Lake & Nakawan Backgroud View
Geoheritage : Shape of KLCC Tower at Utan Aji, Perlis

Serupa tapi tak serupa. Ini pandangan dan interpretasi penulis terhadap bentuk geologi serta adaptasi. Nak jadikan SWG pun boleh, sebagai tarikan. Tapi malangnya masyarakat setempat jadikan kawasan ini tempat pembuangan sampah. Padangan atas geologi menarik tapi bawah ada timbunan sampah-sarap. Geologi kawasan ini terdiri Formasi Kubang Pasu dan Formasi Setul.
Hari Ke-3 : Lubuk Fosil di Utan Aji, Perlis (4/03/09, Jam 2.30pm)
Bacaan GPS : N 06*23.540' E 100* 11.025'. Kawasan kajian berhampiran kawasan penempatan (belakang rumah & bekas kuari). Terdapat banyak penemuan fosil. Geologi kawasan iaitu Formasi Kubang Pasu/Formasi Setul. Terdapat juga Monumen Tabii (sebelum ini) yang berpotensi. Berusia karbon. Kehadiran fosil Posidonia sp. (berbentuk lonjong) dalam syal sememangnya jelas menunjukkan bahawa batuan ini diendapkan dalam laut semasa kira-kira 344 juta tahun yang lepas.
Hari Ke-3 : Kaki Bukit ke Tasik Meranti (4/03/09)
Bacaan GPS, N 06*39.039 E100*11.026'. 3 sampel batuan (paleozoic conodont) diambil. Jalan ke kawasan kajian agak curam (30*-45* darjah). Kawasan ini boleh ke Tasik Meranti. Apabila sampai ke kawasan Tasik Meranti didapati terdapat kemudahan rekreasi yang lengkap seperti surau, dewan, wakaf, tandas dll tetapi tidak berpenghuni. Kawasan yang menarik dan memiliki nilai-nilai warisan geologi seperti pemandangan kars (batu kapur) sebagai dinding kawasan serta pemandangan tasik yang tenang. Mungkin faktor jalan masuk ke Tasik ini yang agak curam dan sukar dilalui oleh kenderaan biasa (perlu kenderaan 4x4) menyebabkan tiada sambutan.
Hari Ke-3 : PLKN & BTN Tasik Meranti (4/03/09)
Hari ke-3 group geologist ke lokaliti semalam (sama) berdekatan pintu ke-2 Gua Kelam. Jangkaan masa ketibaan jam 9.30 am. Jenis batuan iaitu batu kapur daripada Formasi Setul. Sebanyak 23 sampel paleozoic conodont diambil. Jarak batuan dari 1 meter hingga 5 meter. Kawasan persekitaran tidak dijagai sepenuhnya oleh pihak berkaitan terutamanya dari segi kemudahan rekreasi kerana terdapatnya kandang rusa serta kemudahan-kemudahan lain. Kawasan ini juga pintu alternatif ke Gua Kelam. Berhampiran kawasan ini terdapat Kem BTN dan PLKN. Selain itu, penulis dapat pengalaman mempelajari kemahiran asas untuk membuat log stratigrafi dengan mengambil kira asas bedding, kedudukan sampel, pengukuran ketebalan lapisan & sketch log stratigrafi kawasan kajian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN
1 Year Gold Price Chart
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
Total Pelayar Blog Ini
code goes here