Monday, March 2, 2009

Hari Ke-2 : Ke Guar Jentik (A) (3/03/2009)





Hari Ke-2 : Ke Guar Jentik (3/03/2009)





Hari Pertama : Perjalanan Ke Kuala Perlis






Pada tanggal 2/03/09 hingga 5/03/09, satu detik bersejarah bakal akan berlaku kepada penulis. Hal ini kerana, penulis dan rombongan JMG, Ibu Pejabat (En. Mat Niza & Prof. Dr. Shahida) akan menjalankan kajian geologi dan paleontologi (microfosil) di sekitar negeri Perlis dan sempadan Malaysia-Thailand. Bermulanya penulis telah bertolak dari pejabat JMGKPP ke Kuala Perlis jam 3.00pm. Inilah kali kedua penulis menjejak bumi Perlis dan kali terakhir pada tahun 1992 iaitu semasa penulis darjah 6 (rombongan sekolah ke Pulau Langkawi). Sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis, penulis melihat banyak perubahan telah berlaku dari segi pembangunan dan seumpamanya. Yang menariknya, penulis melihat pemandangan kars (batu kapur) di sekitar kawasan Kuala Perlis. Mungkin pemandangan Hutan Lipur Bukit Kubu. Bagi penulis, perjalanan ke Kuala Perlis adalah satu pengenalan dan mengenalpasti sumber-sumber warisan geologi. Pada asalnya penulis hendak menginap di Kuala Perlis Seaview (tak macam seaview pun) tapi malangnya tiada WIFI. So, penulis bercadang menginap di T-Hotel berhadapan jeti Kuala Perlis-Langkawi. Harganya berpatutan serta lengkap dengan khidmat streamyx (RM79.00 je). Insyaallah, esok pagi, penulis akan ke Wang Kelian (Potensi Geotapak ) untuk kajian yang telah dirangka.

Program tentative kerja lapangan di Perlis, 2 hingga 7 Mac 2009

1 Mac 2009

Ahad

Dr. Sashida dan Dr. Agematsu tiba dari Narita, Jepun.

Menginap di hotel di KL.

2 Mac 2009

Isnin

10.00 pagi – perbincangan ringkas di Ibu Pejabat JMG, KL.

11.30 pagi – Bertolak dari KL ke Kuala Perlis

(Kalau sempat singgah di Pejabat JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang di Alor Setar).

Check in di Hotel Kuala Perlis Seaview, Kuala Perlis.

3 Mac 2009

Selasa

Kerja lapangan di kawasan Wang Kelian, utara Perlis.

4 Mac 2009

Rabu

Kerja lapangan di kawasan barat Perlis sekitar Banjaran Nakawan – batu kapur Paleozoik sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

5 Mac 2009

Khamis

Check out hotel.

Kerja lapangan di kawasan sekitar Kangar dan Bukit Batu Puteh

Petang – perjalanan ke Ipoh.

Bermalam di Ipoh.

6 Mac 2009

Jumaat

Kerja lapangan di kawasan Ipoh/Lembah Kinta.

7 Mac 2009

Sabtu

Check out hotel – perjalanan balik ke KL.

8 Mac 2009

Ahad

Dr. Sashida dan Dr. Agematsu balik ke Narita dari KLIA.


Thursday, February 19, 2009

Taklimat UNESCO di UKM, Bangi




Tidak disangka banyak ilmu yang dipelajari dari Pakar Geoheritage dari UNESCO berkaitan mempromosi geopark kepada masyarakat (public). Dimana para peserta didedahkan dengan bengkel pengistilahan geologi dan membuat panel (isi kandungan) serta penilaian. Di samping itu, mesyuarat Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) dengan beberapa agensi turut diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini kemajuan pembangunan warisan geologi di Malaysia,persidangan dan masa depan warisan geologi. Pada keesokan harinya, mesyuarat pembangunan warisan geologi dan geopark peringkat JMG. Banyak pengalaman dan idea mengenai pembangunan warisan geologi diperolehi. Sebagai contohnya pengenalan modul-modul yang berkesan untuk menarik minat orang awam, pelajar, individu dan seumpamanya kepada GEOPARK atau GEOHERITAGE. Berikut adalah modul-modul yang diperkenalkan :
a) A Wokshop On Promoting Geology To The Public (discuss in 10 minutes)
-The classification of rocks
- Plate tectonics
- The structures of the earth
- Geology (non-specialist)
b) Take 10 minute to explain the following topic :
- The Geological Column (Time Scale)
- Volcanoes
- Granites
- Dinosour (non-specialist)
c) Take 20 minute to draft the text for a panel on the following topic :
- Karst (landscapes)
- Sedimentary rocks
- Age dating of rock
- Fossils (non-specialist)
d) Some "Geo-Words"-Do the public understand them?
-Bed
-Formation
-Fault
-Magma
-Pyroclastic flow
-Karst
-Fossil
-Metamorphism
MARILAH KITA SAMA_SAMA KITA MEMULIHARA WARISAN GEOLOGI YANG MASIH ADA PADA HARI INI.

Wednesday, February 11, 2009

Foto Kaspersky Exam, Pulang Ke Heritage





Semua peserta kaspersky JMG09' pulang semula ke Heritage. Sebab tak jadi nak ambik exam. Walaubagaimana pun, kerana semangat nak ambik exam, volunteer kaspersky JMG09' turun padang malam ini nak dapat jawapan online tu. Marilah sama-sama kita menyokong mereka kerana nak ambik sangat exam tu. Cayok!

Hari Ini Dalam Sejarah : Kaspersky tak jadi pulak!






Jam 2.30 ptg semua para peserta kursus Kaspersky Antivirus ke BPT untuk mengambil exam online. Maklumlah nak dapat sijil dari russian. Peserta kursus berdebar-debar nak ambik exam. Kenapa buat kat BPT?sebenarnya ada masalah sikit wifi kt Heritage hotel, so that why kena pergi ke BPT. Ada yang naik bas dan kereta ke BPT. Nak periksa pun kena naik tingkat 4. Tercunggap-cunggap dibuatnya. Takpelah nak periksa, so kena korban sikit. Tiba-tiba semua peserta bersedia nak ambik exam, blackout pulak. So, patah balik ke Hotel. Macam-macam yg berlaku. Nak ambik exam terpaksa try sendiri kat rumah ke,pejabat dll yang sesuai. Oklah, thank you kepada student kaspersky kerana semangat nak ambik exam yang tak jadi tu.Jadi, hari ini dalam sejarah kaspersky.

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews