Saturday, October 2, 2010

3 Minggu Dari Sekarang Emas Dijangka Naik $1350USD.


Bakal diduga harga emas dijangkakan akan melantun lebih tinggi 3 minggu dari sekarang.Oleh itu adalah sesuai masa kita nak beli dan jika ia melantu naik .Jika kita nak jual pun boleh untuk keuntungn segera.

Berdasarkan maklumat biz news tv3 jam 5.30 (30/9/2010) petang diberitakan rakyat Amerika Syarikat sendiri dah mula beli emas kerana keadaan ekonominya yang semakin tidak menentu. Ini akan menjadikan harga emas akan naik.

Pada pendapat saya beli emas sekarang sebelum ia melonjak naik.Harga emas tengah panas cuba kita lihat data kitco ini yang dicatatkan.


Harga kini mencecah USD1314.0 untuk satu oz emas. dan amat diyakini harga emas akan terus naik. Jika berminat hubungi saya di talian 019 - 6862197. Emas Public Gold pasti tidak mengecewakan anda.
(Rujukan http://www.perniagaanemas.com)

Thursday, September 30, 2010

TERKINI : SEMINAR PUBLIC GOLD SECARA PERCUMA

Seminar Bulan Oktober 2010 – Peluang Perniagaan Emas Public Gold di Sungai Petani, Kedah. Berikut adalah butiran lanjut lokasi, tarikh & masa seminar dijalankan :

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Rabu
.
06/10/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Perak (Ipoh) Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Khamis
.
07/10/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Jumaat
.
08/10/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Sabtu
.
09/10/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Sabtu
.
16/10/2010
(ada 2 sesi)
Sesi I
.
2.30pm – 4.30pm
.
Sesi II
.
8.30pm – 10.30pm

p/s: pilih salah satu sesi sahaja.

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Johor Bahru Public Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.

Seminar ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua orang.

Bagaimana cara untuk hadir ke seminar ini:

Untuk hadir khususnya bagi warga Kedah dan sekitarnya, anda perlu sms ke h/p saya: 019-6862197 butiran-butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Email

Tuesday, September 28, 2010

Kenaikan Emas Paras 1300 $USD Per Ounce


Sudah dijangka paras emas akan terus naik berbanding semalam. Ada pendapat yang boleh diterima emas boleh mencecah sehingga USD 2500 per ounce. Jadi sekiranya kita ada modal spt wang simpanan, duit kutu ke, dll dicadangkan tukar wang tersebut dengan emas fizikal dan apabila tiba masa yang sesuai dan mencapai target (emas semasa) kita jual semula untuk mendapat keuntungan. "Lagi banyak modal kita beli emas, Lagi besar keuntungan kita perolehi". Buangkan konsep dalam diri kita iaitu "takut membeli". Percayalah emas tidak merugikan kita membeli bahkan membantu kita menjana pendapatan sampingan.

Monday, September 27, 2010

Emas Vs Wang Kertas


Seringkali dalam kalangan kita apabila menyebut soal "EMAS" maka sudah pasti akan mengatakan ia adalah "MAHAL". Oleh sebab itulah dalam peribahasa melayu ada menyatakan "masa itu emas", "hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri", "pisang emas dibawa belayar....dan lain-lain lagi. Hebat benar ke perkataan "Emas" ni? Bagaimanapula dengan "Wang Kertas"?Ada nilai ke? Sudah pasti jawapannya ia adalah sekadar kertas sahaja tapi ada nilai tidak seperti emas. Daripada sejarah dulu lagi terbukti "Emas" sudah mendapat nama dan menjadi buruan apatah lagi zaman hari ini. Sungguhpun manusia tahun akan nilai emas yang sangat berharga tinggi tetapi masih ramai yang takut-takut hendak membeli emas. Pernahkah anda terfikir duit simpanan 10% terkumpul daripada gaji kita ditukarkan kepada emas atau dinar emas kemudian menjual semula? Mana lebih untung simpan begitu sahaja atau beli emas dan jual semula? Jawapannya sudah ada, tepuk dada tanya logik anda. Hari ini, kalau kita guna wang kertas hendak ke Singapura, UK, Thailand dan lain-lain negara sudah pastilah kita terpaksa (wajib) menukarkan wang berkenaan. Jadi mana nilai wang kertas kita tu! Sebaliknya kalau kita menggunakan emas untuk memakai wang, seluruh dunia akan menerimanya lebih daripada sepuluh jari kita. Itulah penangan EMAS yang kebal. Sesetengah pendapat kata kalau hendak pergi menunaikan fardhu haji lebih kurang RM10,000 lebih. Bunyinya memang mahal sekali sekiranya kita tiada strategi atau pengetahuan cara berkesan untuk mengumpul dana ke Haji. Tips yang paling mudah kita beli emas fizikal terkumpul sbg cadangan (pasti keselamatan diurus dengan baik) selama 5, 10, atau 15 tahun (target). Insyaallah, tidak rugi kita beli emas fizikal/dinar emas kerana dalam tempoh 5 thn dan seterusnya pasti pelaburan kita tidak merugikan bahkan berlipat ganda kita perolehi (berdasarkan pelaburan emas semasa). Jadi, jangan tunggu lama-lama nanti ramai yang akan memburu emas sampai kita menyesal (http://www.goldprice.org/spot-gold.html). Tapi jangan lupa, bagi orang islam zakat emas wajib ditunaikan, cukup mudah pengiraannya iaitu Emas semasa (1 gram) x Jum. Gram yg dimiliki (g) x 2.5% atau 1/40. Nisabnya mesti 85g yang dimiliki sama ada simpanan, emas fizikal dan emas pakai (mengikut kadar uruf). Cukup sekadar penulisan kali ini. Moga-moga kita mendapat pengetahuan. Bersambung....

Keperluan Dinar dan Dirham Masakini

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).”Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Salasilah Dinar Emas

Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:

publicdinar_clip_image004.jpg
Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 – 420 AD)

publicdinar_clip_image005.jpg publicdinar_clip_image006.jpg
Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III

Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.
Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:”7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)”.

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD – 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.

Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia – dinar.

publicdinar_clip_image008.jpg publicdinar_clip_image010.jpg
Gambar: Dinar emas Abd al-Malik ibn Marwan

publicdinar_clip_image012.jpgpublicdinar_clip_image014.jpg
Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan

Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya – praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.

Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang.

Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.
Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat “Surat janji hutang” tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran. – Source Public Dinar (Rujukan Dinarkini.com)

Sumber:

1. http://www.islamic-awareness.org/History/Islam/Coins/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_gold_dinar
3. http://www.321gold.com/info/gold_dinar.html
4. http://zakat.wordpress.com/history-of-the-gold-dinar/
5. http://www.coinlink.com/News/world-coins/dinar-coins-of-the-ancient-world/


Monday, August 23, 2010

Nuzul Al-Quran Dan Perang Badar

Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.

Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.

Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"

Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.

Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.

Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.

Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.

Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.

Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.

Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.

Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.

Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".

Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.

Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.

Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.

Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.

Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.

Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.

Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.

Rujukan Website Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

PENGHAYATAN KEMERDEKAAN BUKAN SLOGAN SAHAJA

Oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh

TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama.

Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bagi semua rakyat Malaysia adalah menterjemahkan sambutan ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan kemerdekaan yang dikecapi. Kesedaran kemerdekaan bukan saja bermakna tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan. Malah, lebih bermakna sedar bahawa kemerdekaan wajib dipertahankan kerana negara boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan saja bererti gembira dengan kemerdekaan, malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.

Itulah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Generasi pascamerdeka hanya mengetahui zaman sebelum merdeka daripada buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan sebenar, maka ada generasi pascamerdeka yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Ada yang menganggap tarikh 31 Ogos cuti umum semata-mata. Hal ini sangat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.

Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama bentuknya seperti penjajahan ketenteraan suatu masa dulu. Penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang dilihat di sesetengah negara. Hakikatnya, penjajahan bentuk baru lebih berbahaya. Perkara ini kerana ia berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Atas sebab ini, maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding generasi terdahulu.

Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin menangkisnya?

Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai Barat yang bertentangan dengan nilai Islam dan ketimuran. Hakikatnya, peradaban Barat sudah mula terhakis nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah ‘perbiadapan’ Barat yang menjunjung nilai songsang dengan merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. Rakyat Malaysia bangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan daripada proses globalisasi membawa masuk budaya negatif yang membawa kerosakan.

Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Mengimbas kembali kegawatan ekonomi pada tahun terakhir 1990-an, kita bersyukur kerana tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara lain di rantau Asia Timur dengan menerima ‘ubat’ yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

Apa yang disangka ‘ubat’ sebenarnya ‘racun’ yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara merdeka.

Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang juga majoriti penduduk Malaysia hari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara terus merdeka dan makmur.

Islam turut menganjurkan kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan saja da ripada aspek ketenteraan, malah ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman yang dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara.

Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain.”

Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteks Malaysia, jelas bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan jitu. Jika berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara tercinta.

Penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam pada 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka.

Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasakan nikmat kemerdekaan ini selama 51 tahun. Sanggupkah kita menggadainya sekali lagi?

PENULIS ialah Felo Kanan Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews