Wednesday, December 9, 2009

Selepas Setahun, Tragedi Bukit Antarabangsa Tetap Diingati


Tragedi Bukit Antarabangsa Disember tahun 2008

KUALA LUMPUR: Hassan Saad tidak mungkin melupakan peristiwa jam 4 pagi 6 Disember tahun lepas apabila bumi tiba-tiba bergerak, dan secara tiba-tiba beliau sekeluarga tidak lagi boleh mendiami rumah kesayangan mereka di Bukit Antarabangsa di sini. "Sampai bila-bila pun kami takkan lupa. Rasanya seperti baru semalam peristiwa itu berlaku," kata Hassan, 51, mangsa tragedi tanah runtuh yang mengakibatkan 14 rumah jirannya ranap dan lima orang terkorban.

Semalam, genap setahun kejadian itu berlaku, namum bagi Hassan serta penduduk lain, mereka masih berada dalam keadaan trauma. Lebih 260 keluarga yang terperangkap di kawasan itu diarah keluar dan mencari penginapan sementara.

"Cukuplah sekali. Pihak berkuasa perlu pandang serius dan ambil langkah sewajarnya tangani perkara ini... jika tidak peristiwa ini boleh berulang," kata Hassan yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin ketika melawat tempat kejadian

Sementara itu, laporan siasatan mengenai kejadian itu yang telah diubah status daripada kalisifaksi "rahsia" dijangka dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) esok.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan yang mengalami runtuhan telah dibaik pulih dan jalan utama untuk masuk ke taman-taman perumahan itu juga telah ditar semula.

Menurut Hassan, adalah penting masyarakat juga didedahkan dengan pengetahuan berkaitan cerun.

"Jika dilihat pada keadaan sekarang, ramai yang menetap di kawasan kediaman berhampiran dengan cerun atau di atas bukit. Jadi pihak yang berkenaan sepatutnya menganjurkan program yang boleh membantu penduduk mengetahui mengenai cerun.

"Jika terjadi sesuatu, mereka tahu bagaimana mahu bertindak," katanya yang kini menyewa di kawasan perumahan berdekatan apabila rumahnya yang terletak di Taman Bukit Mewah turut mengalami kerosakan ekoran tanah runtuh berkenaan.

Bekas wartawan Radio24, Rahayu Nordin berkata beliau mengambil masa hampir sebulan untuk menghilangkan trauma yang dialaminya berikutan tragedi itu.

Bukit Antarabangsa selepas kejadian tanah runtuh

"Sebagai reporter untuk Radio24 Bernama ketika itu, saya juga terpaksa buat reporting dari rumah dengan melaporkan apa yang berlaku walaupun ketika itu terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik yang terputus," katanya yang masih menginap di perumahan yang sama iaitu Kondominium Sinar Ukay.

"Sekalung terima kasih kepada pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan beberapa pasukan keselamatan lain yang banyak membantu penduduk ketika kejadian itu.

"Saya bersimpati terhadap mereka yang telah kehilangan insan tersayang. Saya berharap peristiwa ini tidak akan berulang lagi agar tiada lagi nyawa yang terkorban selepas ini," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Datuk N. Muneandy berkata penduduk berhak untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu terjadi dan lebihlebih lagi mengenai keselamatan kawasan itu.

Katanya, pelbagai masalah timbul apabila tiada maklumat dikeluarkan berhubung keselamatan kawasan itu, terutama bagi mereka yang menyewa dan juga penyewa. BERNAMA

Sunday, December 6, 2009

Hasil Persiapan Pameran Majlis Perasmian Telaga Tiub



Pameran sempena majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub tersebut berjalan dengan lancar dengan paparan model SPATR (Hidrogeologi). Terima Kasih kepada pembantu-pembantu AJK Pameran yang telah menyusun dan merangka pameran tersebut.

Sistem Telaga Tiub Kg. Baru Bukit Genting, Jenun, Pendang






Telaga Tiub tiub ini telah digerudi dengan kedalaman 72.0 meter. Kawasan sekitar yang terdiri daripada Formasi Sungai Petani (salinglapis batuan syal, batu lumpur & batu pasir). Foto majlis seterusnya diselitkan dengan temubual wartawan kepada Dato TKSU II dan Dato' KP JMG. Untuk makluman, pada malamnya melalui berita RTM 1, serotan berita mengenai majlis tersebut telah dipaparkan pada jam 8.40mlm.Tahniah kepada semua yang terlibat.Terutamanya AJK Majlis Perasmian ini.

Kemuncak Majlis Di Kg.Baru Bukit Genting, Jenun, Pendang






Kemuncak majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub berlansung keesokan harinya. Tanggal 6hb Disember 2009 merupakan detik bersejarah majlis pelancaran. Majlis dimulakan dengan pertunjukan silat bersama alunan musik tradisional. Majlis diikuti ucapan aluan oleh Tn.Pengarah JMGKPPP (Tn.Hj. Zainol Husin),Ketua Kampung dan ucapan perasmian oleh Dato TKSU II NRE (Dato Hj. Azmi b. Che Mat).

Majlis Makan Malam Bersama Dato TKSU II NRE di Restoran Hijrah,





Majlis makan malam bersama Dato TKSU II NRE di Restoran Hijrah, Jln Titi Gajah (500 m ke Rumah Dato KP JMG). Masa makan jam 9.30 mlm. Memang sedap makan di kedai tu, maklumlah kedai baru buka. Menu malam tu, dimulakan dengan makan buah(ambil sunnah dulu), lepas itu sup rusa dengan roti garlic, ayak buah belanda dan akhir sekali disajikan dengan beef stik bersama jagung dan kentang bakar.sedap tak terhingga katakan.penulis turut serta pada majlis tersebut bersama dengan wakil-wakil NRE dan JMG Ibu pejabat.

Lawatan Tapak Pra Majlis Perasmian Telaga Tiub





Lawatan tapak pra Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub oleh Dato' KP Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia bersama AJK terlibat bagi memastikan kelicinan program adalah teratur

Monday, September 7, 2009

HADITH HARIAN: Sedekah berbuka pahalanya besar

Email : Zamri Kecik's

Ibn ‘Abaas berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling banyak bersedekah dan baginda memperbanyakkan sedekah di bulan ramadhan iaitu bulan di mana Jibrael bertemu baginda setiap malam dari awal hingga akhir Ramadhan.” (alBukhari). Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu. ”. Riwayat (at-Tirmidzi)

IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin 'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. "Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba- Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”

Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin.“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews