Lihatlah foto diatas menunjukkan bertapa hebatnya anugerah Allah kepada bumi kita ini. Batuan ini bukan sahaja untuk tatapan tetapi sebagai benteng kepada arus ombak laut yang berada dikawasan tersebut dan ini akan mengelakkan hakisan di kawasan berhampiran. Memang benarlah geologi itu benteng pertahanan. Lawatan sambil belajar sempena Mesyuarat Projek Warisan Geologi pada 22/12-23/12/2008 di M Suites Hotel, Johor Bharu
Tuesday, January 6, 2009
Geologi sebagai benteng pertahanan
Lihatlah foto diatas menunjukkan bertapa hebatnya anugerah Allah kepada bumi kita ini. Batuan ini bukan sahaja untuk tatapan tetapi sebagai benteng kepada arus ombak laut yang berada dikawasan tersebut dan ini akan mengelakkan hakisan di kawasan berhampiran. Memang benarlah geologi itu benteng pertahanan. Lawatan sambil belajar sempena Mesyuarat Projek Warisan Geologi pada 22/12-23/12/2008 di M Suites Hotel, Johor Bharu
Fitur geologi yang jarang ditemui
Fitur yang dimaksudkan ialah Fitur Tegasan Angin (Wind-stress features). Fitur ini terdapat pada lapisan enapan-enapan pantai kuno berusia Kuaterner yang terdiri daripada batu pasir kasar bercangkerang separa konsolidat. Ia boleh ditemui dikawasan pantai yang berada betul-betul diatas paras pasang penuh, berhampiran jeti Tanjung Balau, Johor. Fitur ini terhasil akibat dari tiupan angin kencang ke daratan (landward) lalu menempa bahan-bahan sedimen pantai yang pada masa itu bercampur air dan berbentuk kental lalu mengeras seperti bentuk sekarang seperti foto diatas. Penentuan usia radiokarbon menunjukkan batu pasir pantai ini berusia 2500 y B.P (Anizan,1989). Ini nermakna pada lebih kurang 4,500 tahun dahulu angin di kawasan Tanjung Balau adalah lebih kuat dan kering serta berkemungkinan besar beriklim separa kering (slurry)(semi arid)
Fitur di Tanjung Balau ini merupakan satu-satu yang terdapat di Malaysia setakat ini. Memandangkan lapisan enapan kuaterner ini hanya setebal 0.5 meter - 2.0 meter sahaja terletak berhampiran jeti, hotel dan tapak perkhemahan, ia sangat terdedah kepada kemusnahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Maka marilah kita menjaganya. Lawatan sambil belajar sempena Mesyuarat Projek Warisan Geologi pada 22/12-23/12/2008 di M Suites Hotel, Johor Bharu

Monday, December 15, 2008
Sunday, December 14, 2008
Foto 3: 2 Hari 1 Malam di Hatyai,Thailand 2008
Foto 2: 2 Hari 1 Malam di Hatyai,Thailand 2008
Foto dari JMGKPP KE Hatyai,Thailand 2008
Perjalanan pada jam 8.30pg dari pejabat JMGKPP.Seramai 27 orang sahaja yang ke Hatyai dengan menaiki bas pelancongan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN
1 Year Gold Price Chart
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
Total Pelayar Blog Ini
code goes here