Sunday, November 23, 2008

Fosil : Penemuan Kebesaran Allah



Terbaru wujudnya kebesaran Allah yang menjadi bukti kekuasaaNya. Fosil yang menpunyai kalimah Allah (huruf 'HA' yang kurang jelas) pada rangkanya. Fosil ini dijumpai di Lawas, Sarawak oleh rakan penulis dari JMG Sarawak semasa kajian dilakukan. Penulis akan cuba mendapatkan lanjutan penemuan tersebut dan pengetahuan tentang fosil dari aspek geologi.INILAH CIPTAANNYA.

Saturday, November 1, 2008

Perhimpunan Bulanan Kali Kedua (2) & Sambutan Hari Kualiti 2008











Hari ini bertarikh 2 November 2008, penulis telah menghadiri perhimpunan bulanan JMG buat kali kedua. Di samping itu, hari ini juga semua warga JMG KPP menyambut Hari Kualiti Peringkat Jabatan tahun 2008. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Che Aziz Che Soh Pemangku Pengarah JMG KPP. Dlm majlis tersebut pihak AJK Hari Kualiti telah melantik penulis membaca doa. Tapi penulis ada pengalaman sedikit sahaja, penulis cuba mencari doa-doa yang telah dibaca sebelum ini (perkhemahan KRS negeri). Mudah-mudahan JMG KPP menjadi jabatan yang gemilang dan terbilang di rantau ini.

Wednesday, October 22, 2008

Air Terjun Puncak Janing










Sambil kursus sambil mandi-manda. Itulah kesempatan yang diambil oleh AJK Pameran & Muzium (APM) 2008 setelah selesai menjalankan kursus mendulang di Puncak Janing. Ada yang mandi tak nak balik pun.. ada. Namanya anak remaja Aswan .Shok! betul si Aswan mandi. Staf JMG yang lain cuba-cuba nak mandi tapi tak jadi.So, makan angin sajelah dan menghirup udara segar lagi nyaman. Insyaallah, ada masa akan datang penulis cuba akan membawa keluarga pulak!.

Kursus Mendulang 2008





Jawatankuasa Pameran & Muzium JMG KPP telah mengadakan kursus mendulang di Puncak Janing pada 22/10/2008. Penulis dapat menimba pengalaman kaedah mendulang yang sebenar. Kaedah mendulang adalah satu cara mengasingkan pasir untuk mendapatkan amang dan kemudian dianalisis didalam makmal (keadaan sebenar). Kursus ini sebagai persediaan untuk Pameran Gerak Usahawan di SMK Kubang Rotan pada 25/10-26/10/2008. Instructor yang mengendalikan kursus ini ialah En. Ku Zulkhairi dari Unit Sumber Mineral Perindustrian JMG KPP. Sambil kursus sambil menghirup udara segar dan mandi manda.

Wednesday, October 15, 2008

Ahli Geologi : Cabarannya Sekeras Batu


MUNGKIN ramai yang tidak tahu tentang bidang geologi. Geologi ialah ilmu sains berkaitan dengan bumi dan alam sekitar. Secara semantiknya, geo bermaksud batu. Justeru, ilmu geologi adalah ilmu atau kajian yang berkaitan dengan batu. Namun, geologi bukan sekadar mengkaji batu dari aspek luaran, malah lebih mendalam dengan melihat segala aspek tentang batu dan galian termasuk asal usul dan komposisi kimianya. Ilmu ini juga mengkaji bagaimana muka bumi terbentuk dan apa yang terdapat dalam muka bumi kita ini. Geologi turut melihat persekitaran termasuklah air dan udara. Yang menariknya, kajian geologi bukan sekadar kajian di makmal. Ahli geologi menganggap segala yang ada di sekitar mereka adalah makmal kajian mereka. Ahli geologi banyak melakukan kerja lapangan (field work) untuk mendapatkan hasil kajian mereka. Justeru pembelajaran dalam bidang geologi bukan sekadar dalam kuliah, malah turut melibatkan kajian makmal, kajian lapangan di lokasi tertentu dan kajian di makmal lokasi. Dalam kuliah, ahli geologi diajarkan tentang teori dan prinsip sains agar mereka faham tentang apa-apa yang ingin dikaji. Semasa kajian lapangan mereka akan mencari bahan yang akan dibawa ke makmal untuk kajian lanjut.

KENAIKAN HARGA EMAS 1 TAHUN

one year gold price chart
1 Year Gold Price Chart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Total Pelayar Blog Ini

code goes here

Total Pageviews